Rabu, 23 Disember 2009

.:SeJaRaH sOLaT:.

Ini adalah antara beberapa faktar asal usul setiap solat yang kita lakukan setiap hari. Kita mugkin ada belajar matapelajaran sejarah, namun bagi sejarah solat ini tidak terkandung dalam dalam sejarah yang kita belajar, apa yang ada dalam sejarah adalah sejarah mengenai penubuhan pembangunan, tokoh pahlawan, zaman purba, zaman batu, dan sebagainya. Kita juga mungkin belajar pendidikan islam, tetapi berkemungkinan ustazah atau ustaz kita sendiri yang terlepas pandang untuk menceritakan sejarah solat. Disini mari kita kongsi bersama-sama tentang sejarah solat :
Solat Subuh:
Orang yang pertama melaksanakan solat subuh adalah Nabi Adam a.s. iaitu selepas baginda keluar dari syurga lalu dihantar kebumi. Perkara pertama yang dilihatnya adalah kegelapan dan baginda berasa amat takut. Apabila fajar subuh telah keluar. Nabi Adam a.s pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama : Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua : Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
Solat Zuhur :
Orang yang pertama menlaksanakan solat Zohor adalah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. sedang seruan itu datang pada waktu tergelincirnya matahari, lalu sujuhlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama : Bersyukur bagi penebusan
Rakaat kedua : Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan anaknya
Rakaat ketiga : Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah
Rakaat keempat : Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan seekor kibas.
Solat Asar :
Orang yang pertama yang melaksanakan solat asar adalah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun. Ikan nun memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu asar. Maka bersyukrlah Nabi Yunus lalu solat empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan itu.
Rakaat pertama : Kelam dengan kesalahan
Rakaat kedua : Kelam dengan air laut
Rakaat ketiga : Kelam dengan malam
Rakaat keempat : Kelam dengan perut ikan nun.
Solat Magrib :
Orang yang pertama mengerjakan solat magrib adalah Nabi Isa a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya. sedang waktu itu terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu solat tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut.
Rakaat pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang esa
Rakaat kedua : Untuk menafikan tuduhan dan tomahan ke atas ibunya Siti Maryam yang telah ditudung melakukan perbuatan sumbang
Rakaat ketiga : Untuk menyakinkan kepada kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah.
Solat Insyak :
Orang yang pertama mengerjakan solat insyak adalah Nabi Musa a.s pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyam. sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. lalu Allah menghilangkan perasaan dukacitanya itu pada waktu insyak yang akhir. Lalu bersembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama : Dukacita terhadap isterinya
Rakaat kedua : Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun
Rakaat ketiga : Dukacitanya terhadap firaun
Rakaat keempat : Dukacita terhadap anak firaun.
Begitulah serba sedikit sejarah yang ana ketahui. sama-samalah kita fikirkan apa sebenarnya yang tersurat dan tersirat dalam setiap solat yang kita kerjakan.

Selasa, 17 November 2009

.:Warkah Buat Wanita:.

Madah indah Buat Sahabat yang disayangi
sebagai muhasabah diri
agar sentiasa dilindungi dan disayangi.
Labuhnya tudung dan jilbabmu tidak menjamin sama dengan besarnya semangat jihadmu menuju redha tuhan mungkinkah labuhnya tudungmu hanya sebagai fesyen atau gaya semata-mata, atau mungkin tudung labuhmu hanya dijadikan alat perangkap supaya berjaya mendapatkan ikhwan yang diidamkan bahkan mungkin tudung labuhmu hanya akan dijadikan sebagai identitimu saja, supaya mendapat gelaran akhawat dan dikagumi oleh ramai ikhwan.
Tertutupnya tubuhmu tidak menjamin mampu menutupi aib saudaramu, keluargamu, bahkan diri sendiri, cuba perhatikan walaupun sekejap apakah aib saudaramu, temanmu bahkan keluargamu sendiri sudah tertutup. bukankah keburukan seorang perempuan selalu berulang tanpa disedari melalui kata-kata (mengumpat).
Lembutnya suara, selembut sutera tapi adakah kelembutan suaramu itu sama lembutnya dengan kasihmu pada saudaramu,pada insan yang miskin, anak-anak yatim, dan pada insan yang memerlukan kelembutan dan kasih sayangmu.
lembutnya rupa tidak menjamin lembutnya hatimu, adakah hatimu selembut salju mampu menitiskan air mata kesedihan ketika melihat anak-anak palestin gigih berjuang dan syahid di medan jihad. adakah selembut itu hatimu atau sebaliknya hati sekeras batu tidak terkesan apabila melihat tertindasnya anak-anak palestin dan semua ummat islam?
Rajinnya tilawahmu tidak menjamin rajinnya solat malammu,mugkinkah malammu diselimuti rasa rindu kepada ALLAH dengan bangun diwaktu malam dan ditemani dengan butiran airmatamu. Mungkinkah malammu selalu diselimuti dengan tebalnya selimut dan dodoian mimpi-mimpi khayalanmu dan lupa untuk bangun solat subuh?
Cerdasnya dirimu tidak menjamin mampu mencerdaskan saudaramu dan keluargamu. mungkin temanmu ikut bergembira menikmati ilmu-ilmunya seperti yang diperolehi oleh dirimu. tetapi dirimu tidak mempedulikan akan kecerdasan saudaramu, temanmu dan keluargamu sehingga membiarkannya begiru sahaja sehingga mereka jatuh ke lubang yang mengerikan iaitu maksiat.
Renungilah,Ingatilah,Sedarilah siapa kita?
dimana kita?
apa yang kita lakukan?

Selasa, 10 November 2009

.:Percubaan Yahudi Mencuri Jasad Rasulullah saw:.

Kemuliaan Rasulullah S.A.W sehingga kan yahudi cuba mencuri jasad nabi.....
Di masa peperangan antara orang Islam dengan orang-orang kafir Kristian yang dikenali dengan perang Salib dan telah berlangsung sekian lama. Kemenangan dan kekalahan silih berganti pada kedua belah pihak. Umat Islam berjuang dengan habis-habisan menentang musuhnya. Segala kekuatan dikerahkannya. Kerana pada waktu itulah kesempatan yang paling baik untuk memperolehi syahid di medan perang sebagaimana yang diperolehi para sahabat Rasulullah dalam perjuangan menentang orang kafir yang cuba melenyapkan Islam.

Raja-raja dari semua kerajaan Islam memberikan sokongan padu kepada setiap panglima perang yang tampil memimpin para pahlawan Islam menentang kaum kafir Kristian yang datang dari Eropah. Salah seorang raja yang banyak jasanya dalam perang Salib ini adalah Sultan Nuruddin Zangki (Zenggi), keturunan bangsa Kurdi dan berkedudukan di Mosul. Baginda yang diputerakan tahun 1118 Masihi dan wafat 1174 Masihi, adalah seorang raja yang terkenal taqwa, wara' dan adil. Kerana keadilannya pula hingga digelari Malikul Adil (Raja yang adil). Pada waktu malam baginda bangun untuk solat tahajjud dan berdoa agar rakyatnya hidup bahagia dalam keredhaan Allah dan terselamat di akhirat nanti. Pada sebelah siang beliau banyak berpuasa dan selepas solat, wiridnya sentiasa panjang.

Seluruh kekuatan yang dimilikinya adalah untuk menentang serangan tentera Salib agar tidak dapat menjajah negara Islam. Beliaulah yang membentangkan jalan kepada Shalahuddin Al-Ayyubi, panglima perang Salib di pihak Islam yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dari cengkaman kaum Salib. Baginda sentiasa tenang dan gembira melayan semua rakyat dan menteri-menterinya, sekalipun negara dalam keadaan darurat perang, kerana beliau sudah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW pada suatu malam. Dalam mimpi itu Sultan Nuruddin melihat Rasulullah dalam keadaan gembira, menandakan perjuangan kaum Muslimin yang dipimpinnya dalam berjihad akan berhasil.

Selanjutnya, suatu hari Malikul Adil kelihatan tidak seperti biasanya, kali ini baginda nampak sangat risau, seolah-olah ada yang tidak kena pada dirinya. Menteri-menterinya menyedari hal ini, namun mereka tidak berani bertanya. Kerisauan dan kegelisahan tersebut berpunca daripada mimpinya beberapa malam yang lalu. Mimpi itu sangat mengerikan dan sukar ditafsirkan. Dalam mimpi itu, baginda memakai baju yang cantik gemerlapan dan berada di hadapan Rasulullah. Rasulullah memegang tangan Nuruddin dan menunjuk kepada dua orang lelaki yang berada di hadapannya dan bersabda: "Kenalilah aku. Bebaskan aku dari dua orang itu!" Nuruddin terbangun, namun wajah Rasulullah dan dua orang lelaki itu kelihatan jelas di hadapannya seperti bukan mimpi. Wajah kedua lelaki itu kelihatan kemerah-merahan.

Tidak seorang pun yang diberitahu tentang mimpi itu, dan beliau yakin bahawa yang datang itu benar-benar Rasulullah SAW. Kerana beliau sendiri telah bersabda: "Siapa yang melihat aku dalam mimpi, samalah ertinya dengan melihat aku di waktu bangun, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai aku." Keyakinan Raja Nuruddin akan kesahihan mimpinya itu dikuatkan lagi oleh mimpinya yang dahulu sehubungan dengan peperangan. "Ketika itu Rasulullah kelihatan sangat gembira sekali. Tapi mengapa kali ini baginda kelihatan amat sedih? Dan siapakah gerangan dua lelaki yang ditunjuk oleh Rasulullah itu?" Nuruddin tidak habis-habis merenung dan berfikir: "Ah, ini tentu ada yang tidak mengena pada keperibadian Baginda yang mulia atau akan ada sesuatu yang mengancam maruah umat Islam," kata Nuruddin dalam hatinya.

Dekat seminggu lamanya Raja adil itu memikirkan dengan risau. Tiba-tiba mimpi itu berulang lagi, peristiwa seperti mimpi yang pertama dan Rasulullah memanggil-manggil Nuruddin lagi: "Kenalilah aku dan bebaskan aku dari dua orang itu!" Baginda terkejut dan bangun kemudian langsung berwudhu', terus bersolat tahajjud dan berzikir sebanyak-banyaknya di malam sunyi itu. Kerana terlalu lama berzikir, baginda tertidur dalam duduk dan wajah Rasulullah menjelma lagi. Dalam masa yang tidak seberapa lama, sudah tiga kali beliau berjumpa Rasulullah dalam keadaan muram. "Perkara ini benar-benar serius agaknya dan tidak boleh ku simpan seorang sahaja," kata Nuruddin pada dirinya sendiri. Apabila baginda tergerak hatinya untuk memanggil orang kepercayaannya, baginda teringat akan sabda Rasulullah: "Bahawa apabila seseorang bermimpi buruk, hendaklah jangan diceritakan kepada sesiapa pun. Insya Allah tidak akan terjadi apa-apa." Nuruddin berfikir sekejap. Sanggupkah dia menyimpan mimpi itu seorang diri? Tidak, mimpi itu sudah tiga kali datang, dan yang datang adalah manusia termulia.

Selepas solat Subuh di pagi hari Raja Nuruddin memanggil seorang menteri kepercayaannya, Jamaluddin Al-Mushly. Lelaki itu sangat wara', taqwa dan amanah seperti Rajanya juga. Oleh kerana itu, dialah satu-satunya orang yang dipanggil oleh Nuruddin sehubungan dengan mimpinya. Kerana Nuruddin yakin, bahawa walau bagaimanapun Jamaluddin tidak akan membocorkan rahsia negara dan raja. Hari masih terlalu pagi, suasana masih gelap, di sana sini kedengaran kokok ayam silih berganti dan waktu kerja pun masih lama lagi akan bermula. Namun menteri Jamaluddin Al-Mushly sudah berangkat ke istana negara kerana menjunjung titah baginda.

"Engkau adalah orang yang paling ku percaya untuk menyimpan rahsia negara selama ini. Oleh kerana itu aku tidak merasa ragu lagi menceritakan mimpiku padamu," kata Raja kepada Jamaluddin dan menceritakan mimpi yang dialaminya. Jamaluddin mendengarkan dengan serius. Ia sendiri turut merasa gerun mendengarkan cerita Rajanya. Kemudian Jamaluddin berkata: "Ini memang betul-betul mimpi yang benar wahai tuanku, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai Rasulullah." "Betul itu. Aku pun ingat demikian," kata Nuruddin menyokong pendapat Jamaluddin. Nuruddin bertanya: "Jadi, agak-agak apakah pendapatmu tentang mimpiku itu." Jamaluddin menjawab: "Menurut pendapat hamba, ada rancangan jahat dari orang tertentu yang ditujukan kepada Rasulullah, dan Rasulullah tidak menyenanginya. Tuanku diberi tugas untuk menggagalkan rancangan jahat tersebut."

Nuruddin seolah-olah dikeluarkan dari kebuntuannya setelah mendengar tafsiran daripada Jamaluddin. Baginda percaya bahawa pendapat menterinya itu benar belaka. Berkata Nuruddin: "Pendapatmu betul, sekarang ke mana dan bagaimana kita mesti mencari dua lelaki yang ditunjuk oleh Rasulullah itu?" Jamaluddin mengajukan usul: "Bagaimana kalau sekiranya baginda raja yang pergi ke Madinah Al-Munawwarah terlebih dahulu. Di sanalah tuanku dapat berdoa di makam Rasulullah yang mulia, memohon petunjuk kepada Allah di sisi kubur kekasihNya. Mudah-mudahan, di sana tersingkap rahsia mimpi paduka itu."

Semua persediaan dan perbekalan segera dipersiapkan. Maka pada hari yang telah ditetapkan, beribu-ribu rakyat ibu kota berpusu-pusu di hadapan istana negara untuk mengucapkan selamat jalan kepada Raja yang mereka hormati. Berangkatlah Raja yang adil bersama beberapa pegawai tinggi negara menuju Madinah.

Di setiap kampung yang dilaluinya, baginda disambut mesra oleh rakyatnya. Baginda merasa puas dapat berjumpa dengan berbagai rakyatnya. Rakyat pun berasa gembira melihat Raja yang berjiwa rakyat dan tidak putus-putusnya tersenyum kepada semua rakyat. Namun, di sebalik senyuman raja yang dilepaskan kepada rakyatnya, ada perasaan risau dan ngeri yang menghantui baginda secara berterusan. Yakni wajah kedua lelaki yang dilihat dalam mimpinya selalu membayangi kemana sahaja baginda pergi. Tidak sesaat pun wajah itu hilang dari pandangan baginda. Baginda juga dapat menggambarkan dengan jelas tentang perwatakan kedua lelaki itu baik dari bentuk wajahnya, matanya, susunan giginya, mulutnya, janggutnya bahkan kesemua seluruh tubuh kedua mereka itu. Kalau, kedua lelaki itu melintas di hadapan baginda maka sudah pasti, baginda akan menangkapnya. Disebabkan baginda sentiasa asyik memikirkan tentang kedua lelaki itu, kadang-kadang baginda terpisah dari rombongannya. Baginda tidak putus asa untuk mencari kedua lelaki itu, baginda pergi secara persendirian mengembara antara bukit-bukit.

Para pengawal tidak berani menegur apa-apa sebaliknya mereka hanya memerhatikan Raja mereka dari jauh. Hanya menteri Jamaluddin sahaja yang sesekali mengingatkannya apabila beliau terpisah jauh dari rombongan. Setelah beberapa hari perjalanan, rombongan baginda sampai di sempadan Madinah. Jamaluddin memberitahu baginda: "Tuanku, sekejap lagi kita akan memasuki ke kota Rasulullah SAW, oleh itu bersiap sedialah tuanku." Berkata Raja: "Apakah cara yang harus aku lakukan untuk memasuki kota yang mulia itu?" Berkata Jamaluddin: "Pertama hendaklah tuanku mandi dan bersuci, kemudian masuklah ke masjid Quba' dan bersolat tahiyyatul masjid, ini adalah untuk menghormati masjid yang dibina dengan tangan Rasulullah SAW sendiri." Kemudian Raja dan rombongannya mengikut arahan Jamaluddin, setelah selesai mengerjakan solat di masjid Quba', rombongan diraja menuju ke taman Raudhah. Di taman yang mulia inilah jenazah yang teramat mulia Rasulullah SAW bersemadi.

Perasaan mereka yang berada di hadapan tempat jenazah baginda Rasulullah SAW disemadikan adalah amat berlainan sekali, mereka berasa seolah-olah berada di satu alam yang lain. Lalu Raja mengangkat tangannya tinggi-tinggi dan memohon kepada Allah SWT supaya rahsia di sebalik mimpinya itu di perlihatkan kepadanya sebelum kedua manusia jahat melaksanakan niat jahat mereka. Degupan hati Raja yang begitu khusyuk dalam doanya menyebabkan air mata mengalir tanpa disedarinya. Memang di sinilah salah satu tempat diperkenankan doa. Wajah Rasulullah SAW semakin jelas di mata Raja seolah-olah Rasulullah SAW menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Raja. Baginda terdengar suara dekat telinganya yang berbunyi: "Kenalilah aku, dan bebaskanlah aku dari kedua lelaki ini."

Setelah baginda raja berdoa dengan penuh khusyuk di taman Raudhah, kemudian datang petunjuk dari Allah seolah-olah beliau dapat menyingkap tafsir mimpinya itu di kota mulia tempat bersemayamnya Rasulullah SAW. Oleh kerana Raja Nuruddin ingin segera mengetahui makna mimpinya yang menakutkan itu, lalu beliau memanggil gabenor Madinah dengan berkata: "Saya mahu kamu kumpulkan kesemua penduduk Madinah tanpa ada sesiapa pun yang dikecualikan, saya ingin bersalaman dengan mereka." Berkata gabenor Madinah: "Baik tuanku, segala titah raja akan dijalankan." Gabenor Madinah pun segera menyampaikan pesanan raja kepada penduduk Madinah dan penduduk yang berhampiran dengan kota Madinah.

Berkata gabenor Madinah kepada penduduk kota Madinah dan sekitarnya: "Atas perintah Raja Nuruddin, semua rakyat Madinah dan kawasan yang berhampiran denganya, sama ada lelaki atau wanita, tua atau muda dari berbagai jenis agama dikehendaki hadir di dewan orang ramai, kerana baginda Raja Nuruddin hendak bertemu dengan semua penduduk di sini." Setelah berita disebarkan maka orang ramai bersama seisi keluarga segera pergi ke dewan orang ramai dengan perasaan gembira, tidak seorang pun yang tertinggal. Mereka yang tua dan uzur diusung sehingga banyak sekali usungan yang kelihatan dalam perjalanan menuju ke dewan orang ramai. Apabila seluruh penduduk kota Madinah telah berkumpul, gabenor Madinah pun melapurkan kepada Raja: "Tuanku, semua rakyat telah berkumpul dan mereka sedang menunggu kehadiran tuanku." Berkata Raja Nuruddin: "Apakah kamu yakin bahawa semua rakyat telah datang untuk bersalaman dengan saya?" Berkata gabenor Madinah. "Insya Allah." Setelah Raja mendengar penjelasan dari gabenor, Madinah, maka Raja pun segera pergi ke tempat orang ramai yang sedang menunggunya. Wajah kedua lelaki yang datang dalam mimpinya semakin mencabar di hadapannya.

Setelah baginda Raja sampai di tempat dewan orang ramai, maka baginda pun memandang kepada rakyat sebagai penghormatan. Mata Raja Nuruddin sentiasa mencari-cari wajah yang menjadi buruannya, tetapi tidak juga kelihatan. Raja Nuruddin semakin risau, beliau duduk sekejap dan berbincang dengan pegawai-pegawai dari Madinah. Berkata Raja, Nuruddin: "Apakah masih ada rakyat yang melepaskan peluang untuk bertemu dengan saya? Cuba siasat sekali lagi." Kemudian para pegawai dari kota Madinah berbincang sesama mereka, mereka cuba mengingati wajah-wajah yang tidak hadir. Tiba-tiba seorang pegawai berkata dengan serius dan bersemangat: "Betul tuanku, hamba ingat masih ada dua orang kenamaan di Madinah yang tidak hadir di sini, mungkin kedua mereka tidak mendengar berita tentang ketibaan baginda tuanku ke sini."

Raja Nuruddin berkata: "Di mana mereka berada, dan siapakah mereka itu?" Denyutan jantung Raja Nuruddin semakin cepat, tetapi beliau menahan perasaannya. Orang yang mengenali kedua lelaki itu berkata: "Mereka berdua adalah ahli tasawwuf dan ahli hikmah, sangat wara' dan sangat banyak ibadahnya, sesiapa sahaja yang pergi kepada mereka akan menerima fatwa-fatwa yang menyejukkan dan menerima sedekah. Dan kedua mereka juga adalah dermawan dan telah banyak sekali membantu fakir miskin." Raja Nuruddin sangat tertarik dengan huraian pegawainya dan beliau berkata: "Saya ingin sangat untuk bertemu dengan kedua mereka, jemputlah mereka sekarang juga."

Tidak berapa lama kemudian kedua mereka itu pun datang ke dewan orang ramai setelah diundang. Kedua mereka berjalan dengan tunduk dan tawadhu', sementara mulut mereka tidak berhenti-henti berzikir kepada Allah SWT. Apabila kedua mereka berdiri di hadapan Raja Nuruddin, Raja Nuruddin terperanjat kerana kedua mereka itulah yang muncul dalam mimpinya. Dalam hati Raja Nuruddin berkata: "Demi Allah orang inilah yang datang dalam mimpiku." Walaupun kedua mereka itu berada di hadapan beliau, beliau belum pasti sama ada beliau bermimpi atau tidak, lalu beliau menggosok kedua biji mata beliau dan dibukanya mata beliau terang-terang. Ternyata kali ini beliau tidak mimpi, beliau kini berada betul-betul di hadapan orang yang menjadi buruan beliau. Raja Nuruddin memandang mereka dari semua segi, dari segi bentuk muka mereka, susunan gigi, mata dan lain-lain. Akhirnya beliau meyakini dengan seratus peratus bahawa memang sah kedua lelaki itulah yang muncul dalam mimpinya. Kalau ikutkan hati Raja Nuruddin hendak ditanya sahaja: "Siapakah kamu berdua ini." Raja Nuruddin bertambah hairan melihat kedua mereka, ini adalah kerana kedua mereka itu begitu khusyuk dan tawadhu', gerak-geri mereka tidak sedikit pun mencurigakan.

Segi rambut pula ikut sunnah, serban pula ikut cara Rasulullah. Sewaktu bersalaman menunjukkan adab seorang alim dan ahli tasawwuf, tutur katanya pula penuh hikmah dan selalu berasaskan Al-Quran dan Al-Hadith. "Tetapi mengapa Rasulullah minta dibebaskan dari dua orang itu? Apakah dosa yang telah diperbuat oeh keduanya? Begitulah pertanyaan yang keluar dari hati Raja Nuruddin. Beliau hairan dan tidak tahu apa yang hendak dibuat, namun demikian tidak seorang pun yang dapat membaca perasaan Raja Nuruddin. Raja Nuruddin serba salah kerana orang ramai mengenali kedua mereka sebagai orang yang alim dan menunjukkan sikap yang penuh tasawwuf, baginda Raja juga menghormati kealiman dan ketasawwufan mereka. Oleh kerana Raja Nuruddin tidak dapat membuat apa-apa keputusan maka majlis pada hari itu bersurai setelah baginda Raja bersalam dengan semua rakyatnya seperti yang dijanjikan. Setelah majlis perhimpunan yang pertama selesai, orang ramai pun bersurai dan mereka merasa puas hati kerana dapat bersalam dengan Raja mereka. Gebenor Madinah merasa sangat gembira kerana majlis itu mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Satu-satunya orang yang tidak puas hati ialah Raja Nuruddin, kerana teka-teki yang menghantuinya belum terjawab.

Selepas menunaikan solat Raja Nuruddin beristighfar dan berzikir banyak-banyak, kemudian beliau berdoa dengan doa yang amat panjang, dalam doa tersebut beliau meminta petunjuk yang lebih jelas dari Allah SWT. Ketika Raja Nuruddin duduk bersendirian, lalu datang menterinya Jamaluddin dengan berkata: "Wahai tuanku, sudahkah tuanku jumpa dengan dua lelaki yang tuanku cari itu?" Berkata raja Nuruddin: "Ya, sudah." Jamaluddin bertanya: "Yang mana satu tuanku?" Berkata Raja Nuruddin: "Jemputan yang terakhir sekali, saya pasti itulah orang yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW dalam mimpiku." Jamaluddin diam sambil mengangguk-anggukkan kepalanya, pertanda dia sedang memikirkan sesuatu. Berkata Raja Nuruddin: "Tapi yang peliknya saya tidak dapat sesuatu yang mencurigakan pada diri mereka itu, keadaan keduanya memang seperti yang diceritakan oleh orang. Akhlaknya, gerak-gerinya dan tutur katanya semuanya menggambarkan keperibadian Rasulullah SAW. Inilah yang membuat saya rasa pelik sangat, entah dosa apa yang telah mereka lakukan?"

Setelah Jamaluddin mendengar kata-kata Rajanya maka dia pun berkata: "Tuanku, ketahuilah bahawa seseorang yang pada zahirnya menunjukkan baik, segalanya mengikut cara Rasulullah SAW belum tentu hatinya baik. Boleh jadi ia hanya berpura-pura supaya orang ramai tidak mencurigainya, padahal dia adalah musuh yang jahat."

Berkata Raja Nuruddin: "Betul katamu itu, kerana memang ramai orang-orang kafir berpura-pura Islam, sedangkan tujuannya untuk menghancurkan Islam dari dalam. Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud: "Dan di antara manusia ada yang ucapannya tentang kehidupan dunia, sangat menarik perhatianmu, dan di persaksikannya Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia sebenarnya adalah musuh yang jahat."

Raja Nuruddin memang tahu tentang tipu helah orang-orang kafir yang sentiasa hendak merosakkan Islam dengan berbagai cara. Berkata Raja Nuruddin lagi: "Apakah yang harus kita lakukan?" Berkata Jamaluddin: "Tuanku mestilah mengadakan perisikan ke rumah orang itu secara sulit." Raja Nuruddin dan menterinya Jamaluddin mengadakan perbincangan secara rahsia tentang cara yang terbaik untuk mendapatkan maklumat tentang pergerakan kedua lelaki yang disyaki. Setelah sekian lama mereka berbincang akhirnya mereka mendapat satu cadangan yang baik, yakni orang ramai dijemput untuk menghadiri rumah terbuka atas arahan Raja Nuruddin.

Kedua orang yang disyaki juga diundang sebagai tetamu kehormat. Rahsia ini tetap menjadi rahsia antara Raja dengan menterinya. Gabenor Madinah diberikan tugas untuk menjayakan majlis tersebut. Setelah saat yang dinantikan telah tiba, maka ramailah orang yang datang menghadiri majlis tersebut. Kedua lelaki yang disyaki juga awal-awal lagi telah berangkat menuju ke majlis diraja. Apabila Raja Nuruddin dan Jamaluddin melihat kedua lelaki alim itu telah keluar dari rumah mereka, kemudian Raja Nuruddin, Jamaluddin dan beberapa pengawal pergi ke rumah orang alim itu. Kesemua bahagian dalam rumah itu di periksa oleh Raja Nuruddin, malangnya tidak satu pun benda yang mencurigakan. Sebaliknya dalam rumah tersebut terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang digantung dan juga hadith nabi. Dalam almari orang alim itu dipenuhi dengan kitab-kitab agama feqah dan juga tasawwuf, keadaan rumah itu menggambarkan seolah-olah pewaris Nabi SAW. Hati kecil Raja Nuruddin masih bertanya: "Apalagi yang harus aku syaki? Kenapa Baginda Rasulullah SAW minta pertolongan dariku supaya dibebaskan dari kedua lelaki ini?"

Setelah merasa puas dengan selidikan di rumah tersebut Raja Nuruddin mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut, tetapi apabila baginda Raja hendak melangkah keluar dari rumah tersebut, datang ilham yang membuat beliau teringin benar untuk melihat sebuah permaidani yang sangat indah terbentang di sudut rumah. Raja Nuruddin merasa sangat kagum dengan keindahan dan kehalusan permaidani yang di anggap cukup mahal itu.

Raja Nuruddin tidak puas dengan melihat sahaja kecantikan permaidani tersebut, tetapi beliau membelek-belek permaidani tersebut. Sewaktu membelek permaidani itu Raja Nuruddin terlihat di bawah permaidani itu terdapat papan dan beliau berkata: "Eh, ada papan." Raja Nuruddin mulai curiga tentang papan itu, lalu baginda mengangkat papan itu perlahan-lahan, ternyata di bawah papan itu mempunyai sebuah terowong yang mempunyai tangga. Raja Nuruddin meneliti arah perginya terowong tersebut, akhinya beliau terkejut dan berkata: "Maasya Allah, terowong ini menuju ke arah kubur Rasulullah SAW." Kemudian Raja Nuruddin mengeluarkan arahan: "Tangkap kedua orang itu." Dengan terbongkarnya rahsia itu maka yakinlah Raja Nuruddin akan makna mimpinya itu, kedua lelaki yang menyamar sebagai alim itu adalah musuh yang hendak mencuri jasad Rasulullah SAW. Dengan terbongkarnya rahsia kedua orang itu, maka orang ramai pun datang untuk menyaksikan peristiwa di rumah orang alim itu.
Beberapa orang telah turun ke dalam terowong yang sangat jauh itu dan akhirnya mereka mendapati bahawa terowong yang digali oleh kedua orang itu sudah hampir benar dekat pada jasad Rasulullah SAW. Setelah mendapat kepastian dari orang yang masuk ke dalam terowong itu, orang ramai tidak tahan sabar lagi. Lalu kedua-dua mereka dipukul dengan teruk sekali, kemudian kedua mereka dibawa ke pengadilan. Dalam mahkamah keduanya berterus terang dengan berkata bahawa kedua-dua mereka telah tinggal di Madinah lebih dari setahun sebagai agen Yahudi. Orang-orang Yahudi memberi perbelanjaan yang cukup banyak pada keduanya untuk tujuan mencuri jasad Rasulullah dari kuburnya, tujuannya ialah apabila jasad Rasulullah berada di tangan Yahudi mereka dengan mudah dapat merendahkan martabat Kekasih Allah dan seterusnya menghina umat Islam. Umat Islam di Madinah rasa tertipu oleh kedua orang Yahudi itu, akhirnya kedua orang Yahudi itu dijatuhi hukuman mati.

Raja Nuruddin sujud syukur kepada Allah SWT kerana tugas yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepadanya telah berjaya diselesaikan dengan berkat hidayah dan pertolongan-Nya. Untuk mengelakkan supaya kejadian seperti itu tidak berulang lagi, Raja Nuruddin memerintahkan supaya ke empat penjuru sekeliling kubur Rasulullah dipagar dengan kongkrit sampai ke bawah tanah. Sebelum Raja Nuruddin berlepas dari Madinah sekali lagi beliau bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW, kali ini Rasulullah merangkul dan memeluk leher beliau. Apabila telah tiba masanya Raja Nuruddin hendak meninggalkan kota Madinah, beliau memberi taklimat terakhir kepada penduduk Madinah akan kejahatan dan dendam orang Yahudi terhadap Islam, dendam orang Yahudi terhadap Islam akan berterusan. Raja Nuruddin pun kembali ke Mosul dengan diiringi doa dan air mata oleh sekalian rakyat yang mencintainya.

Khamis, 5 November 2009

.:KeSaBaRaN rAsULuLLah DaLaM bErDaKwAh:.

Kesabaran Rasulullah sebar risalah suci perlu dicontohi sepanjang zaman

DAKWAH kepada Islam adalah antara kewajipan yang dituntut kepada ummah dalam usaha menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Kewajipan berdakwah adalah seruan kepada melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Firman Allah yang bermaksud: "Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan memberi peringatan yang baik dan berhujahlah dengan mereka melalui kata-kata yang baik." (Surah al-Nahl, ayat 125)

Kewajipan berdakwah satu kewajipan yang besar lagi getir serta menjadi tonggak utama kepada agama, menjadi tiang atau paksi menegakkan binaan Islam, menyempurnakan segala peraturannya serta mengangkat martabat Islam hingga ke puncaknya.

Oleh itu, Allah memerintahkan umat Islam menyampaikan mesej Islam dengan penuh berhikmah. Hikmah adalah pendekatan terbaik dalam menyampaikan ajaran Islam di samping mempunyai kaitan dengan kesenian berdakwah.

Sheikh al-Sabuni ketika menafsirkan ayat itu, menjelaskan pengertian berdakwah dengan hikmah bermaksud menyeru dan mengajak manusia kepada agama Allah dan syariat-Nya yang suci secara bijaksana, berlemah-lembut dan beradab, sehingga dapat memberi kesan seterusnya diterima dengan sukarela.

Ulama dakwah mengklasifikasikan hikmah kepada beberapa jenis, iaitu hikmah mengenal status manusia, memilih masa sesuai, mencari titik pertemuan sebagai tempat bermula untuk maju secara sistematik.
Pendakwah terbabit dalam medan dakwah sudah pasti akan berdepan pelbagai ragam serta perangai manusia seperti mereka yang kuat berpegang dengan tradisi, mereka yang bersifat konservatif, kumpulan jahil dan bodoh dan yang masih ragu kerana salah faham.

Dalam konteks ini, pendakwah hendaklah berdepan sasaran masing-masing melalui cara yang sesuai dengan tahap keilmuan dan kecerdasan di samping mengambil kira aspek pemikiran, perasaan serta sahsiah peribadi mereka.

Pendakwah yang berjaya mampu menyampaikan mesej dakwah dan buah fikirannya kepada sekalian manusia sekalipun berbeza daripada segi pemikirannya, sahsiah peribadinya dan darjat serta dapat menarik seterusnya mengubah pemikiran mereka.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kami diperintah supaya berbicara dengan manusia menurut kadar akal (kecerdasan mereka masing-masing)." (Hadis riwayat Muslim)

Pendakwah juga mesti bijak memilih waktu dan suasana sesuai seperti bilakah masanya dia perlu diam, bilakah pula waktunya dia mesti berbicara dan begitulah seterusnya sehingga dia dapat memperoleh hasil yang baik daripada strateginya itu.

Jika ditinjau dalam sirah Rasulullah SAW pada permulaan Islam, Baginda menerima perintah Ilahi seperti firman Allah bermaksud: "Berilah peringatan kepada keluargamu yang terdekat." (Surah al-Syu'ara', ayat 214)

Bertolak daripada itu, Rasulullah SAW memulakan misi dakwah secara rahsia terutama pada tiga tahun pertama melalui hubungan individu.

Baginda mendekati individu yang hampir dengannya dan juga kaum kerabat terdekat untuk sama-sama berkumpul dan bernaung di bawah lembayung Islam.

Kemudian, Rasulullah SAW berhasrat menyampaikan Islam kepada khalayak, tetapi dihalang Abu Lahab dengan membangkitkan isu yang menimbulkan fitnah. Apakah reaksi Baginda?

Rasulullah SAW hanya diam dengan tidak membalas, bahkan tetap tenang dan itu adalah jawapan sebenar, bahkan itulah jawapan paling tepat dalam suasana sedemikian.

Di samping itu, Rasulullah SAW mempunyai kesenian dalam berbicara. Baginda berbicara buat pertama kalinya kepada kaum kerabat dengan ringkas kerana mereka baru mendengar mengenai Islam.

Jika bicara terlalu panjang lebar, mereka pasti menjauhi Baginda. Bicara Rasulullah SAW pada asasnya sangat padat dengan hikmah dan amat rapi susunan bahasanya.

Rasulullah SAW berbicara ibarat seorang yang membangun atau mendirikan rumah, menyusun batu-bata selapis demi selapis sehingga menjadi bangunan kuat, kukuh dan indah.

Seorang manusia pada hakikatnya susah menerima buah fikiran baru yang dirasakan asing sama sekali. Justeru, pendakwah mesti pandai atau berhikmah memulakan perbicaraan yang sudah tentu menuntut tafsiran mendalam berpandukan ilmu yang sahih.

Pendakwah perlu berhikmah dalam mencari titik pertemuan sebagai tempat bertolak dan dari sana dia maju secara perlahan, selangkah demi selangkah dengan istiqamah ke arah matlamatnya.

Ajaran Islam cukup daya tarikan, pendakwah mesti pandai memilih cara tepat dan kaedah unik untuk menyampaikannya dengan pendekatan menarik bagi mengajak khalayak mendampingi Islam.

Ini jelas menerusi surat perutusan Rasulullah SAW kepada Raja Heraklius di Rom dan Muqauqis di Mesir yang beragama Nasrani. Rasulullah SAW memanggil mereka dengan gelaran Ahlul Kitab yang bermaksud tuan punya kitab suci.

Ini dirakamkan Allah dalam ayat 64, surah Ali-Imran bermaksud: "Wahai ahli kitab marilah kepada kalimah yang sama antara kami dan kamu, iaitu janganlah kita menyembah melainkan Allah dan janganlah kita mempersekutukan sesuatu apapun dengan Dia, dan janganlah sebahagian daripada kita menjadikan sebahagian lainnya sebagai tuhan selain Allah dan jika mereka berpaling katakanlah: Saksikanlah bahawa kami ini adalah orang Islam."

Pendakwah mesti pandai memulakan dan mengakhiri perbicaraannya. Ketika mengakhiri perbicaraan gunakan perkataan yang boleh menusuk ke lubuk hati, bukan kata pahit dan kesat yang meninggalkan kesan buruk.

Satu lagi saluran berkesan menyampaikan dakwah teladan yang baik dan bahasa bersesuaian dengan keadaan. Rasulullah SAW semasa pertama kali menjejakkan kaki di Madinah al-Munawwarah dan sebelum masuk kota, Baginda SAW mendirikan Masjid Quba iaitu masjid pertama dalam sejarah Islam.

Rasulullah SAW berhenti di tempat itu, tanpa banyak berbicara Baginda terus memulakan kerja. Diriwayatkan seorang wanita bernama Syamus Nu'man yang hadir pada waktu itu berkata: "Aku melihat Rasulullah SAW waktu mula sampai, Baginda turun dan berhenti, lalu mengajak sahabat mendirikan masjid itu, aku melihat Baginda mengangkat batu besar sehingga terhuyung-hayang kerana beratnya batu itu, seorang sahabat datang dan berkata kepada Baginda: Ya Rasulullah biarkanlah! Serahkanlah kepadaku untuk mengangkatnya. Rasulullah SAW menjawab: Tidak, ambil saja batu lain yang seperti ini."

Demikianlah Rasulullah SAW mempamerkan teladan berkesan kepada sahabatnya iaitu turut bersama kaum Muhajirin sehingga masjid itu disempurnakan. Rasulullah SAW bukan saja pandai mengarah dan banyak bercakap tetapi juga banyak membuat kerja.

Begitulah antara pengertian hikmah berdakwah yang menjadi aset terpenting dalam menjamin kelangsungan serta kejayaan dakwah Islam kepada umat manusia sejagat. Manusia hari ini bukan setakat mendengar apa diperkatakan tetapi melihat bagaimanakah tingkah laku pendakwah di rumahnya dan dalam lingkungan masyarakat.

Sabtu, 31 Oktober 2009

.:BiAr KePaHiTaN iTu PeRgI:.

Biar Kepahitan Itu Pergi, Agar Kemanisan Mengisi
Biarkan kekecewaan berlalu, Agar kegembiraan mewarnai
Biar kegelisahan lenyap. Jangan kita hilang semangat
Biar penderitaan itu menyapa, Agar kekuatan kita jana semula
Biar diri ini menderita, Agar aku tahu kepahitan derita ini
Agar aku sedar kesengsaraan ini, tidak sama bahkan hanya
secebis dari penderitaan Rasulullah S.A.W
Tuhan sesekali tidak akan menzalimi hambaNya
Tapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri
Cahaya kelam pahala dosa, berupaya memilihnya
Walau kadang kala tersasar lantaran pautan nafsu
Namun peluang dari-Nya sentiasa ada
Namun kasih dari-Nya sentiasa memayungi
Diturunkan Ad-din memperhalusi akal
Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak
Dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti
Menjadi sebaik-baik umat, tunduk sebagai hamba
Berjalan sebagai Khalifah
Menyusuri kehidupan mencari sebutir permata "IMAN"
Menyemai sepohon "TAQWA"
Agar dapat berteduh dari kepanasan "NAFSU"
Agar dapat berlindung dari hasutan "SYAITAN"
Dalam mencari Keredhaan ALLAH S.W.T



Khamis, 29 Oktober 2009

.:DuNiA hAri Ini:.

Dunia hari ini adalah jauh lebih berbeza berbanding dengan zaman Rasulullah. Sifat manusia yang semakin berubah dari semasa ke semasa, kalau sifat itu berubah kepada akhlak dan hati yang baik ia tidak perlu diperkatakan, perubahan sifat adalah sebalikknya. Menghina,mencaci,memulau dan sebagainya adalah biasa baginya. Untuk berkawan pun perlu memilih??memilih disini bukan memilih kerana kebaikan dan kelemahan seseorang tetapi memilih kawan yang bertaraf dan berharta,ada juga memilih kawan untuk kepentingan diri sendiri.

Ini bukan nukilan yang dikopi atau diforwadkan, tapi adalah dari pengalaman sendiri,dari situasi yang berlaku di depan mata sendiri,telinga sendiri. Aku tergerak hati untuk ceritakan semua ini kepada rakan-rakan supaya tidak bersikap demikian. Kisah yang aku tulis ini berlaku di Kolej aku sendiri,di kelas aku sendiri, dan aku tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, mungkin kejadian ini bukan hanya berlaku pada diri aku, mungkin lebih ramai lagi yang telah mengalaminya, namun mereka hanya berdiam diri sahaja dan tidak meluahkannya. Kisahnya...

Dalam kita belajar di Kolej kita mesti bergaul antara satu sama lain, tidak kira apa bangsa dan agamanya, di kolej pelbagai aktiviti berkumpulan yang kita perlu lakukan,tugasan kumpulan, kreativiti berkumpulan dan sebagainya. Aktiviti itu memberi peluang untuk kita berubah menjadi seseorang, dari aktiviti itu kita belajar untuk berkerjasama, kita belajar untuk pandai membuat kerja, kita belajar untuk berani bersaing, kita belajar untuk menjadi pandai. Namun situasi yang aku alami adalah sangat berbeza sekali, berbeza dari apa yang aku fikirkan selama ini. Ini kerana dalam aktiviti tersebut, mereka sering meminggirkan yang lemah, tidak membantu yang lemah, untuk kumpulan asigment pun memilih, kerana apa ia memilih? jawapannya kerana ada sesetengah yang tidak pandai untuk buat kerja. Itu sahaja jawapannya?? ini semua tidak adil, kenapa kita mempunyai hati yang busuk untuk melakukan semua tu?kenapa kita tidak mendidik mereka yang tidak tahu membuat kerja supaya pandai untuk melakukan sesuatu kerja?. Jawapan lain, tidak serasi, kita belum cuba untuk berkawan tetapi telah menganggapkan yang kita tidak serasi?. Malas, kita mugkin ingin memilih kawan yang rajin untuk sama-sama membuat asigment, tetapi kenapa kita tidak membantu yang malas supaya rajin?. Kenapa perlu buat kumpulan? kumpulan yang aku maksudkan adalah kumpulan yang mana yang kaya hanya berkawan dengan yang kaya, yang pandai hanya berkawan dengan yang pandai, dan sebagainya. Kenapa yang pandai tidak membantu yang lemah? Kenapa yang kaya tidak membantu yang miskin?. Jawapan tu ada dalam hati masing-masing. Bagusnya kita menjadi manusia yang seperti itu, memang tersangat bagus, menghina makhluk Allah, berkawan kerana harta dan kepentingan diri sendiri, memulau yang lemah.. Siapakah Kita Untuk Melakukan Sedemikain???? FIKIRLAH SENDIRI..

Bangunlah kawan-kawanku, mungkin insan yang ditindas, dihina,dicaci,dipulaukan, adalah insan yang akan membantu kita saat kita kesusahan.
"Berkawan dengan ikhlas akan memberi kebahagiaan dan berkekalan, berkawan kerana harta,pangkat dan sebagainya tidak pernah menjanjikan kebahagiaan dan tidak pernah kekal sebagai kawan"
  • Kita berjaya Kalau kita sering membantu.
  • Kita berjaya kalau kita tidak menghina.
  • kita berjaya kalau kita tidak berkawan kerana harta.
  • kita berjaya kalau kita berkawan kerana ingin membantu.
  • kita berjaya kalau kita berkawan dengan seikhlas hati.
  • kita berjaya kalau kita menerima baik buruk seseorang.
  • kita berjaya kalau kita nasihat menasihati antara satu sama lain.

Ingat kita semua Satu Pencipta, Satu Makhluk, baik buruk kita hanya Dia yang menilainya. Kita tidak ada hak untuk menilai seseorang,mencaci,meminggirkan seseorang kerana kita semua sama disisiNya, tetapi kita ada hak untuk membantu... Apa yang ada pada kita sekarang adalah bukan milik kita, kita hanya meminjamnya untuk sementara waktu sahaja, apa yang dipinjamkanNya adalah untuk menguji kita.

Sekian sahaja. Bagi insan yang ingin berkonsi adalah dialu-alukan..

Khamis, 22 Oktober 2009

-Kehidupan yang Berbeza-

Apa yang dimaksudkan kehidupan yang berbeza?
mesti semua tertanya-tanya...
termasuklah di saya sendiri yang masih tidak memahami secara sepenuhnya mengenai kehidupan.....
oleh itu sy inginkan pendapat rakan-rakan semua....

Dari kanak-kanak kehidupan kita bebas berkawan dan bermain,berkenalan antara satu sama lain,kenangan itu memang seronok dan membuatkan kita tersenyum sendirian apabila mengenagkannya kembali...kita tidak selamanya bergelar kanak-kanak,kita akan melangkah kepada satu alam pembesaran yang mana ada batasan dalam pergaulan,pengalaman dalam proses ini menjadikan kita lebih matang dalam berfikir. Namun ini tidaklah menampakkan keperbezaan hidup kita...
apa yang membezakannya adalah ikatan kita,kehidupan kita akan lebih berbeza setelah kita menjadi milik orang (berkahwin/bertunang),adakah ia benar seperti yang sy fikirkan sekarang?
apakah perbezaannya?dari segi pergaulan?pergerakan?adakah setiap ikatan tu buat kita terkongkong?

sekiranya rakan-rakan lebih memahami situasi ini bolehlah dikongsi bersama sy...

Ahad, 6 September 2009

-Salam Peperiksaan-

assalamualaikum...

8.9 adalah bermulanya peperiksaan akhir untuk semua pelajar-pelajar diploma komunikasi semester 5,selamat berjaya diucapakan kepada semua rakan-rakan sekelas. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang rapat, iaitu, shai,syafiq,fida,an,fifah,ijah,abg mawi,abg fit,abg fahmi,kak tiq,kak siti,syada,nisa',abg izat MPM, kepada rakan-rakan IPT yg lain dan ramai lagi la...

"perjalanan kehidupan memang pahit kerana syurga itu manis"
"perjalanan mencari ilmu memang pahit kerana kejayaan itu manis"

ubah aje....tak de sapa nk marah..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


ok...cayyokk, cayyokk...........

Ahad, 23 Ogos 2009

-Tujuh tingkat Neraka-

NERAKA berasal perkataan Ibrani bermaksud unggun api menjadi tempat seksaan Allah yang dikhususkan untuk golongan ingkar kepada perintah-Nya ketika di dunia.


Di neraka, orang kafir termasuk golongan yang ingkar perintah Allah diseksa sebagai pembalasan seperti dijanjikan Allah SWT dalam firman bermaksud: “Wahai orang beriman jagalah dirimu, keluargamu daripada api neraka. Bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Sedangkan penjaganya adalah malaikat yang gagah lagi bengis. Mereka tidak menderhaka Allah, mereka melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya.” (Surah At-Tahrim: 6)


Api neraka berjuta kali panasnya berbanding api di dunia. Jika api itu jatuh ke bumi, walaupun sebesar hama, hancur lebur dunia ini. Itulah kepanasan api neraka yang tiada tolok bandingnya.


Tujuh nama neraka menanti golongan yang mendustai dan mengingkari perintah Allah SWT. Pembahagian tingkatan neraka menurut Syeikh Dahak Al-Ahbar yang kemudian dipersetujui ahli tafsir dan Usuluddin, antaranya Syeikh Qurthubi dan Imam Al-Ghazali ialah:


- Neraka Jahanam. Tingkat teratas. Neraka ini bermula dari tingkat paling atas sehingga ke terakhir (bawah). Ia seburuk-buruknya dan penghuni kekal di dalamnya.


Firman Allah SWT bermaksud: “Katakan kepada orang kafir; nanti kamu akan dikalahkan oleh orang Islam dan dihimpunkan kamu dalam Neraka Jahanam. Di sanalah tempat seburuk-buruknya.” (Surah Al-Imran:12)


Begitu juga dalam surah An Nisa, ayat 169, Allah SWT berfirman: “Orang kafir dan orang aniaya, mereka tidak diampunkan Allah dan tidak pula ditunjukkan jalan melainkan ke Neraka Jahanam. Mereka kekal dalam neraka itu selamanya. Yang demikian itu mudah sekali bagi Allah”.


- Luza adalah tingkat kedua yang dihuni pendusta agama Allah dan berpaling daripada ajarannya. Firman Allah bermaksud: “Sebab itu Kami beri khabar menakut kamu dengan Neraka Luza (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya melainkan orang celaka, iaitu orang mendustakan agama dan berpaling daripadanya.” (surah Al-Lail: 14-16)


- Hathamah ialah neraka tingkat ketiga tempat mereka yang lalai dalam mengerjakan perintah Allah kerana dipengaruhi harta dunia.


- Sair ialah tingkat ke empat neraka dihuni mereka yang makan harta anak yatim. Mata dan telinga mereka menjadi buta dan pekak manakala kulitnya tebal seperti Jabal Uhud.


- Saqru ialah neraka tingkat kelima, antara penghuninya ialah orang tidak bersolat, percaya kepada perkara bidaah, tidak memberi makan orang miskin dan tidak percaya kepada Hari Pembalasan.


- Jahim neraka tingkat keenam. Penghuninya melakukan dosa besar seperti berzina, membunuh, mendustai agama Allah dan minum arak.


- Hawiyah ialah neraka paling bawah menempatkan orang memusuhi Nabi. Walaupun neraka ini paling bawah, apinya sangat panas. Firman Allah SWT bermaksud: “Siapa yang ringan timbangan, dia dilemparkan ke Neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah Neraka Hawiyah? Ia adalah api yang sangat panas. ” (surah Al-Qariah: 8-11)

-Jom Fahami-

Selamat menaiki penerbangan Ramadhan Air,bernombor 1430H..kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 hari ke atas permukaan haus dan lapar..para penumpang diWAJIBkan untuk memasang niat puasa dan menegakkan kerusi solat..penerbangan ini bebas asap perselisihan..kapal terbang dijangka berlepas sebelum subuh dan akan tiba di destinasi ketika maghrib…KAMI selaku anak-anak kapal yang bertugas mengucapkan selamat menempuh madrasah tarbiyah ramadhan,mohon kemaafan atas segala kekhilafan selama ini…

Jumaat, 21 Ogos 2009

-Marhaban ya Ramadhan-



Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan

Ya Rabb, berkahi kami pada bulan Sya'ban dan pertemukanlah kami
dengan bulan Ramadhan, Amin.

Do'a Malaikat Zibril Menjelang Ramadhan:

"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum
memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang
berikut:"

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya
(jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami-isteri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapat kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amin-kan
adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari
Jum'at.

-12 Barisan Di Akhirat-

12 Barisan di Akhirat Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-
BARISAN PERTAMA Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEEMPAT Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."
BARISAN KELIMA Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEENAM Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETUJUH Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KELAPAN Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEMBILAN Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEPULUH Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEBELAS Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya..

Rabu, 5 Ogos 2009

-Adakah hari jilbab sedunia memperingati Marwah as-Syarbini??-

Marwah as-Syarbini mati syahid kerana tudungnya. Tidak banyak liputan TV mengenai Marwah as-Syarbini, seorang ibu yang mempunyai seorang anak,sedang mengandungkan tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda jerman keturunan Rusia yang anti islam dan anti muslim. Tidak ramai pula dikalangan orang islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian raja pop. Itu pun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. berhari-hari bahkan berminggu-minggu masih belum reda isunya.

Ribuang penduduk mesir menghantar jenazah Marwah ke tempat pengkebumiaanya. Beliau tidak sepopular artis tersohor dunia,Micheal Jackson,tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya.

Marwah ditikan di ruang mahkamah kota Dresden,Jerman sebelum memberi keterangan keatas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda jerman Alex W yang kerap menyebutnya "tiroris" hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwah dan berusaha melepaskan jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwah, kali ini ia menikam Marwah berkali-kali. Suami Marwah yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembah suami Marwah yang kini berada dalam keadaan kritikal di hospital Dresden.

Dalam sejarah islam, seorang wanita islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman khalifah Mu'tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata "waa Mu'tasimah". Mu'tasim yang berada jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.

Umat islam kini, apa yang dibuatnya?media dunia umat islam sendiri hanya pentingkan berita pengebumian raja pop Micheal Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwah melainkan media islam khususnya di internet.

Untuk memperingati peristiwa ini, hari jilbab sedunia dicadangkan bagi mengenangkan Marwah as-syarbini.

-Persoalan-

1) Kenapa artis barat,dan artis melayu seksi menjadi sebutan mengenai kematiannya?
2) Adakah kita tahu Mengenai kematian Marwah as-Syarbini?
3) Adakah kematiannya disebarkan di media malaysia?

-Marwah simbol Muslimah sejati-


Kematian Marwah bukan sahaja disambut oleh saudara-saudara Muslim di Mesir tempat tumpah darahnya, malah di kebanyakan Negara Eropah dengan pelbagai respons yang amat mengkagumkan. Ia menunjukkan bahawa Marwah tidak bersendirian dalam mempertahankan kebenaran agama melalui pemakaiannya yang disifatkan sebagai muslimah sejati.

Sebuah nama jalan di Iskandariyah, bandar besar yang menjadi tempat kelahirannya telah ditukar kepada namanya, rakyat jelata keluar di jalan-jalan raya menyatakan sokongan terhadapnya kerana berani dan berjaya mempertahankan haknya sebagai Muslimah yang takut hanya kepada Allah SWT.

Begitu juga di Jerman, sebuah institut yang dimiliki oleh warga Jerman yang bukan beragama Islam, dengan berani menyatakan sokongan terhadapnya dengan menukar kepada Institut Marwah. Mereka menyifatkan Marwah sebagi pejuang dan pembela agama Islam di Jerman dan di Eropah kerana mahu haknya dikembalikan walaupun beliau tidak sempat melihat sokongan daripada pelbagai pihak. Ada yang simpati, sedih dan tidak kurang juga yang menuntut agar kematiannya dituntut dengan seadil-adilnya oleh Mahkamah Tinggi Jerman.

Di Paris, beribu-ribu warga Perancis yang beragama Islam dan bukan Islam keluar di jalan-jalan utama Negara itu dengan membawa sepanduk menyatakan rasa simpati, sedih dan sokongan padu mereka yang tidak berbelah bahagi terhadap kematian Marwah yang disifatkan sebagai satu tragedi yang amat menyayat hati, bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada masyarakat antarabangsa yang turut terpanggil untuk menyatakan pendirian mereka.

Mereka bukan sahaja menyuarakan rasa terkilan, malah membuta bantahan secara terbuka kepada Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy yang dilaporkan baru-baru ini lantang menghalang mana-mana Muslimat negara itu yang menjadi kakitangan awam tidak dibenarkan memasuki kawasan premis kerajaan melainkan mereka terlebih dahulu menanggalkan tudung kepala mereka. Larangan juga termasuk kepada para pelajar sekolah menengah dan di peringkat universiti atau kolej.

Di Teheran, para penunjuk perasaan menjadikan kedutaan Jerman di negara itu sebagai sasaran kecaman. Mereka membaling batu ke arah petugas kedutaan dan mengeluarkan kata-kata kesat. Ini tidak lain kerana sensitiviti mereka terhadap kejadian yang menimpa Marwah yang menjadi mangsa, bukan sahaja beliau, anak dalam kandungannya juga termasuk suami dan anaknya Mustafa berusia empat tahun yang masih trauma dan fobia kesan melihat ibunya ditikam dalam mahkamah.

Sehubungan dengan itu juga, para pensyarah di beberapa institut dan universiti yang bukan beragama Islam turut menyatakan kemarahan mereka terhadap apa yang terjadi ke atas Marwah. Mereka mengadakan siri ‘road show’ untuk menjelaskan kepada masyarakat Jerman bahawa ia satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan, antara mereka yang menyertai sesi penerangan itu ialah Narges Keiran, pensyarah bahasa Inggeris di Jerman dengan tajuk Kesyahidan Marwah patut dibela.

Peguam Marwah, Khaled Abu Bakr akan bercakap mengenai undang-undang dalam menghadapi jenayah perkauman bangsa dan agama. Tareq as-Syaribi abang mangsa yang turut hadir sebagai saksi di mahkamah Jerman pada hari perbicaraan. Beliau akan bercakap mengenai kehidupan Marwah sebagai Muslimah sejati, para pensyarah berbilang bangsa akan bercakap mengenai Islamfobia yang sepatutnya dihapuskan, para perwakilan badan-badan bukan kerajaan di Jerman yang turut berucap menyatakan pendirian masing-masing.

-Marwah as-Syarbini jadi sebutan sebagai syahidah-


Marwah as-Syarbini yang merupakan seorang ahli farmasi yang berkelulusan PHD dalam bidang berkenaan, mengambil cuti rasmi bekerja kerana mengikuti suaminya Alwi Ali Ukkaz yang menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan di salah sebuah universiti di Berlin, Jerman.

Pemergian mereka ke Jerman untuk menggarap ilmu pengetahuan walau daripada ‘non-Muslim’ dianggap sebagai salah satu perjalanan yang diredhai Allah SWT, kerana baginda s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: “Hikmah (ilmu pengetahuan) itu kadang-kadang tidak ada pada orang Islam, di mana sahaja mereka memperolehinya, maka mereka berhak mendapatkannya (walau daripada orang bukan Islam).”

Mereka berada di Jerman adalah untuk urusan ibadat kepada Allah kerana dengan penggarapan ilmu kejuruteraan yang terkadang-kadang tidak dikuasai oleh orang Islam di tempat sendiri, maka ia menjadi fardhu kifayah yang mesti disampaikan apabila pulang ke pangkuan masyarakat kelak. Ia disandarkan kepada firman Allah SWT menerusi ayat 122 surah at-Taubah yang bermaksud: “Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagiaan sahaja daripada tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (daripada melakukan larangan Allah).”

Isu pembunuhan Muslimah yang bertudung kepala, Marwah as-Syarbini di mahkamah Jerman kerana mempertahankan maruah serta harga dirinya apabila dihina kerana berpakaian sempurna sebagai Muslimah oleh seorang ‘lelaki gila’ berbangsa Jerman, menjadi riwayat hidupnya yang terakhir di negara asing apabila kes saman malunya menjadi tragedi apabila beliau ditikam sebanyak lapan kali dan rebah walaupun disambut suaminya Ali dan anaknya Mustafa berusia 4 tahun yang trauma hingga ke hari ini.

Marwah yang mengandungkan anak kedua berusia tiga bulan mati bersama-sama zuriat dalam kandungan, suaminya pula ditembak oleh sepasukan polis yang meluru masuk dalam bangunan mahkamah yang sepatutnya lelaki Jerman gila itu yang ditembak, bukan suaminya, walaupun tercedera namun hatinya terguris apabila mengenangkan nasib diri dan anaknya meneruskan hidup tanpa isteri tersayang.

Apa pun itulah hakikatnya yang terjadi ke atas umat Islam yang komited kepada agama, berbanding dengan non-Muslim yang melakukan lawatan ke nagara-negara umat Islam dengan berpakaian separa bogel, orang Islam tidak sedikit pun mencemuh mereka, walaupun ia digambarkan sebagai tidak bertamadun. Hakikatnya ialah orang Islam begitu menjaga prinsip agama dengan tidak mengguriskan perasaan bukan Islam, apatah lagi melakukan sesuatu tindakan di luar jangkaan semua pihak. Tetapi ia berbeza sekali dengan tindakan liar penganut lain, mereka sama sekali tidak memikirkan perasaan orang Islam. Dalam hal ini, siapakah yang boleh dikatakan pengganas yang sudah boleh dibuktikan dengan tindakan liar.

Selasa, 4 Ogos 2009

-Kambing panggang Berbicara-

Kalau kita temui binatang yang masih hidup dapat berbicara tentu orang menganggapnya sebagai perkara yang ajaib. Akan tetapi ia lebih ajaib lagi kalau ada binatang yang telah disembelih dan telah pun dipanggang boleh berbicara. Kisah ini benar-benar berlaku di zaman Nabi S.A.W yang diceritakan di dalam hadis iaitu kambing yang telah disembelih dan yang telah dipanggang boleh berbicara.

Abu Hurairah r.a berkata, " sesungguhnya Rasulullah s.a.w hanya menerima hadiah dan tidak mahu makan sedekah. lalu seorang wanita Yahudi di Khaibar menghadiahkan kepada beliau s.a.w kambing panggang yang telah dimasukkan racun. Lalu Rasulullah s.a.w pun memakan sebahagian dari daging kambing itu, dan para sahabat yang bersama-samanya ketika itu turut makan. (selepas diberitahu oleh kambing panggang itu bahawa ada racun) Nabi s.a.w mengingatkan para sahabat'"Angkatlah tangan kamu (berhenti makan), kerana kambing panggang ini memberitahu kepada aku bahawa dia beracun. Setelah Bisyr bin Al- Baro' bin Ma'rur Al- Anshoriy (yang telah termakan bahagian yang beracun itu) didapatinya meninggal dunia (sekembalinya ke rumah). Maka Nabi s.a.w mengirim (utusan membawa surat) kepada wanita Yahudi itu dengan pertanyaan; apakah yang mendorong kamu melakukan hal itu (meletak racun)?. wanita itu menjawab; jika engkau adalah seorang nabi, maka apa yang aku telah lakukan tidak akan membahayakan dirirmu. Jika engkau adalah seorang raja, maka aku telah melepaskan manusia darimu. " kemudian Rasulullah s.a.w memerintahkan untuk membunuh wanita itu maka ia pun dibunuh...."

Persoalan dalam kisah ini ialah tentang peristiwa aneh kambing yang telah mati dan dipanggang boleh berbicara kepada Nabi s.a.w. ini suatu mukjizat Nabi s.a.w sebagai bukti kebenaran Nabi s.a.w.

-Unta mengadu Masalah Kepada Nabi S.A.W-

Manusia adalah makhluk yang mempunyai perasaan. Dari perasaan itu timbul rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. Akan tetapi ketahuilah, bukan hanya manusia mempunyai perasaan, bahkan haiwan pun memilikinya. Oleh kerana itu sangat disesalkan jika ada manusia yang tidak memiliki perasaan yang membuatkan dirinya lebih rendah daripada haiwan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada Rasulullah S.A.W mengungkapkan perasaannya.


Abdullah bin Ja'afar r.a berkata, pada suatu hari Rasulullah S.A.W pernak ketika bersam-sama aku, beliau membisikkan tentang sesuatu yang tidak akan kuceritakan kepada seseorang di antara manusia. sesuatu yang paling beliau senangi untuk dijadikan pelindung untuk buang hajatnya adalah gundukan tanah atau kumpulan batang kurma lalu beliau masuk kedalam kebun lelaki Ansar. Tiba-tiba ada seekor unta. Tatkala Nabi S.A.W melihatnya, unta itu merintih dan bercucuran air matanya. Lalu Nabi S.A.W menghampirinya seraya mengusap dari perutnya sampai ke lehernya dan hingga ke tulang telinganya, maka tenanglah unta itu, kemudian beliau bersabda "siapakah pemilik unta ini,unta ini milik siapa?" lalu datanglah seorang pemuda Ansar seraya berkata, "unta itu milikku,wahai Rasulullah". Maka Nabi S.A.W bersabda, "tidakkah engkau bertaqwa kepada Allah lantaran binatang ini, yang telah dijadikan sebagai milikkmu oleh Allah, kerana ia (binatang ini) telah mengadu kepadaku bahawa engkau telah membuatnya letih dan lapar?


Demikian suara hati seekor binatang, yang selaku seorang Nabi dan Rasul, bukan sahaja pemimpin yang kepada manusia dan jin, tetapi sifat keperihatinan kepimpinan baginda S.A.W sehingga terhadap binatang.


lantaran itu beliau S.A.W bersabda: "sesiapa sahaja yang mengasihi (apa jua) makluk, ia akan dikasihi oleh Tuhan yang bersifat ar-rahman. Oleh itu,sayangilah setiap orang yang berada diatas bumi ini yang bersifat penyayang, akan dikasihi oleh yang diangit (para malaikat).

Rabu, 29 Julai 2009

Ibnu Battuta: Antara Kawan Dan Kekasih

kawan?
tahu apa maksud kawan?
sebelum kita menilai sesuatu kita perlu memahami sedalam-dalamnya maksud sesuatu perkataan dan perkara..
kawan mudah untuk dicari,
tapi sahabat adalah sangat susah untuk dicari.
kawan adalah rakan-rakan disekeliling yang kita tegur bila berjumpa dimana-mana sahaja...
sahabat adalah seorang insan yang bersama kita dalam susah dan senang,sama-sama menangis,sama-sama menyelesaikan masalah dan sebagainya..
kawan adalah kekasih
sahabat adalah teman sehidup semati...
;-)

Isnin, 20 Julai 2009

-Pohon Kurma Menangis-

cerita tentang pohon kurma merupakan cerita yang mugkin ada di antara masyarakat hari ini mensifatkannya sebagai kisah dongeng, tetapi kisah ini benar-benar terjadi di zaman Rasulullah S.A.W, mengapa phon ini menangis????

kisahnya diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah R.A- berkata: "adalah dahulu Rasulullah S.A.W berkhutbah di atas sebatang kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasulullah S.A.W turun kemudian beliau meletakkan tangannya di atas batang pohon kurma tersebut".(Riwayat Bukhari dalam Shohihnya 876).

Ibnu Umar R.A- berkata : "Nabi S.A.W pernah berkhutbah pada batang kurma. tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. batang kurma itu merintih. maka Nabi S.A.W mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang kurma itu (untuk menenangkannya)". (HR. Al-Bukhoriy dalam Shohihnya 3390 dan Al-Tirmidziy dan Sunan-nya 505)

Jumaat, 17 Julai 2009

Tapi Kami Bagai Buih

Asy Syaikh Salim Al Hilali

Hakikatnya telah pun diisyaratkan , peringatannya adalah jelas, tanpa keraguan. Jelas tanpa kekaburan. Terang tanpa terselubung kabus yang menutup pandangan.
Dalam hadis dari Tsauban r.a. maula Rasulullah s.a.w. ketika beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Hampir terjadi keadaan yang mana ummat-ummat lain akan mengerumuni kalian bagai orang-orang yang makan mengerumuni makanannya. “Salah seorang sahabat berkata; “Apakah karena sedikitnya kami ketika itu?” Nabi berkata: Bahkan, pada saat itu kalian banyak jumlahnya, tetapi kalian bagai ghutsa’ (buih kotor yang dihanyutkan air ketika banjir). Pasti Allah akan cabut rasa segan yang ada di dalam dada-dada musuh kalian, kemudian Allah campakkan kepada kalian rasa wahn. “ Kata para sahabat: “Wahai Rasulullah, apa Wahn itu? Beliau bersabda: “Cinta dunia dan takut mati. “

(HR Abu Daud no. 4297, Ahmad 5/278, Abu Nu’aim dalam At Hilyah m.s. 182 dengan dua jalan dan dengan keduanya hadis ini menjadi shohih)

Hadis ini yang menceritakan tentang wahn itu menunjukkan keadaan ummat Islam.
Pertama: Musuh-musuh Allah dari kalangan tentara Iblis serta pendukung syaitan selalu mengintai-ngintai perkembangan ummat Islam serta negara mereka. Kerana mereka telah melihat penyakit wahn ini telah merasuki kaum muslimin. Penyakit ini telah menyembelih leher-leher ummat Islam. Maka mereka menerkamnya dan menyembunyikan sisanya.

Kaum kuffar dan musyrikin ahlul kitab selalu melakukan hal demikian sejak munculnya fajar islam. Dan ini berlaku ketika daulah Islam yang murni yang diasaskan dan dikukuhkan oleh Rasulullah s.a.w. di Madinah dan sekitarnya.

Ini ditegaskan dalam hadis yang menceritakan tiga orang yang sengaja tidak ikut berperang (HR Bukhari Muslim), sebagaimana dikatakan oleh Ka’ab bin Malik r.a. :

“…Ketika aku berjalan di pasar Madinah, tiba-tiba ada seorang petani dari petani-petani negeri Syam yang membawa makanan untuk dijual di Madinah berkata: Siapa yang boleh menunjukkan Ka’ab bin Malik kepadaku? Maka orang ramai memberitahunya , lalu dia datang kepadaku dan menyerahkan kepadaku sepucuk surat dari raja Ghassan. Dan aku adalah seorang yang pandai membaca, maka aku baca surat itu yang tertulis: Amma ba’du, telah sampai kepada kami berita bahawa teman-temanmu bersikap keras kepadamu. Dan Allah tidak akan membiarkanmu berada di negeri yang penuh dengan kehinaan dan kesempitan, maka datanglah dan bergabunglah dengan kami, kami akan melindungimu”

Perhatikan, wahai saudara muslim yang bijaksana dan cuba renungkan, wahai saudara yang dikasihi, bagaimana orang-orang kafir selalu mengawasi berita-berita daulah Islam. Bila ada kesempatan, mereka akan menerkamnya dari segala penjuru. Itu juga dijelaskan dengan:

Kedua: Sesungguhnya ummat-ummat kafir saling membantu dan bergabung untuk menyerang Islam, daulahnya, pemeluknya dan para da’inya.

Siapa yang membaca sejarah perang Salib, akan memahami hakikat ini. Dimana Bani Ashfar mempersiapkan pasukannya untuk membinasakan daulah khilafah. Telah jelas hal ini seperti jelasnya cahaya matahari ditengahhari

Dan mereka menyempurnakannya dengan membentuk “Kelompok”, kemudian ‘Badan Organisasi”, kemudian “Dewan”, kemudian “Organisasi dunia”, untuk membakar semangat mereka dengan slogan-slogan. Juga:

Ketiga: Negeri-negeri Islam adalah sumber-sumber kebaikan dan berkah. Maka ummat-ummat kafir ingin menguasainya. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w. menyamakannya dengan makanan yang lazat yang membuka selera, maka mereka menyerbunya, dan setiap dari mereka seolah macam singa ingin mendapat bahagiannya.
Keempat: Orang-orang kafir membuat negeri-negeri Islam menjadi kelompok yang terpecah-pecah dan terpisah-pisah, sebagaimana dalam hadis Abdullah bin Hawalah r.a.: Rasulullah s.a.w.:

“Nanti kamu akan menjadi pasukan yang berpuak-puak. Satu kelompok di Syam, satu kelompok di Iraq, dan satu kelompok di Yaman.” kata sahabat: Berilah pilihan, wahai Rasulullah. Maka beliau bersabda: “Pilihlah yang di Syam, siapa yang enggan, maka yang di Yaman. Dan hendaklah dia minum dari airnya, kerana Allah menjaminkan untukku negeri Syam dan penduduknya. “

Rabi’ah berkata: Aku mendengar Idris Al Khaulani menyampaikan hadis ini dan berkata:
“Dan siapa yang dijamin Allah tidak akan rugi.
Bukankah ini realiti umat Islam masakini? Mereka menjadi negara-negara yang terpisah. Tidak punya wibawa.Tidak mempunyai kuasa untuk mengurus samada di dalam dan di luar negerinya dengan bebas. Semuanya diatur oleh orang kafir. Hanya Allah yang kita minta pertolongannya dan kepadanya kita bertawakkal.

Kelima: Kini, orang kafir tidak hormat lagi kepada kaum muslimin, kerana mereka (kaum muslimin) sudah kehilangan wibawanya di hadapan urnat-umat lain. Yang mana suatu ketika dulu wibawa itu membuat gementar lutut dan sendi-sendi orang kafir dan pasukan Iblis. Ini adalah kerana senjata pemusnah milik kaum muslimin tidak lagi ditakuti oleh orang kafir.

Allah berfirman:

“Akan Kami lemparkan dalam hati orang-orang kafir rasa takut akibat mereka menyekutukan Allah. ”
(Ali Imran: 151)

Rasulullah s.a.w bersabda;

“Aku ditolong Allah dengan musuh mengalami rasa takut, padahal aku masih sebulan perjalanan ke sana. “

Keenam: Unsur-unsur kekuatan ummat Islam bukan pada ramai jumlahnya dan kekuatannya, pasukan tempurnya dan kesombongannya, pasukan infantrinya dan para komandannya, tapi pada aqidahnya dan manhajnya. Kerana umat ini adalah umat tauhid dan pendokong panji-panji tauhid.

Apakah engkau tidak dengar sabda Rasulullah s.a.w ketika menjawab pertanyaan seorang sahabat tentang jumlah: “Bahkan kamu ketika itu banyak !” ?

Perhatikan pengajaran dari perang Hunain, akan engkau dapati dia menjadi contoh di sepanjang masa.

“Dan hari Hunain ketika kalian merasa takjub dengan jumlah kamu yang banyak, tapi itu tidak berguna bagi kamu sedikitpun. ” (QS At Taubah:26)

Ketujuh: Kedudukan umat Islam ticlak dihiraukan sedikitpun di kalangan bangsa-bangsa di muka bumi, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.: “Akan tetapi kamu bagai buih, seperti buih banjir.”

Sabda ini menjelaskan beberapa hal:

a. Buih yang mengalir membawa banyak kotoran bersamanya. Begitu juga umat Islam, berjalan bersama kotoran umat Kafir
b. Banjir membawa buih yang tidak bermanfaat bagi manusia. Begitu juga umat Islam, tidak melaksanakan tanggungjawabnya terhadap bangsa-bangsa lain, iaitu Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar.
c. Buih akan segera luput. Dan kerana itu Allah akan mengganti siapa yang berpaling dan menguatkan kelompok yang bermanfaat bagi manusia di muka bumi.
d. Buih yang dibawa banjir bercampur dengan kotoran tanah. Begitu juga pemikiran majoriti ummat Islam telah dikotori dengan sampah filsafat dan budaya yang rosak.
e. Buih yang dibawa oleh banjir tidak tahu akan berakhir di mana kerana dia berjalan bukan atas keinginannya. Dia seperti orang yang menggali kuburnya dengan kukunya. Begitu juga umat Islam, tidak tahu apa yang sedang direncanakan musuh-musuhnya ke atas diri mereka. Anehnya, mereka masih saja membebek dan mengikuti mana yang lebih keras laungannya dan bersikap bagai pucuk lalang yang bergerak kemana angin meniupnya.

Kelapan: Umat Islam menjadikan dunia sebagai matlamat utamanya. Matlamatnya ketika menuntut ilmu. Oleh kerana itulah mereka menjadi takut mati. Cinta dunia kerana mereka memeriahkan dunia hingga lupa kepada kampung akhirat.

Rasullullah s.a.w telah mengingatkan hal yang bakal menimpa ummatnya.
Dari Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash dari Nabi s.a.w., beliau bersabda:

“Bila Parsi dan Rom ditakluk, di kaum mana kamu? Abdurrahman bin Auf berkata: Kami akan berposisi seperti yang Allah perintahkan kami (iaitu akan memuji-Nya, bersyukur kepada-Nya dan meminta tambahan dari nikmat-Nya."
(Lihat An Nawawi 18/96),

Kata beliau: Jangan sampai selain itu, iaitu kamu akan saling berlumba-lumba, kemudian saling mendengki, kemudian saling membelakangi, kemudian saling membenci -atau yang sejenisnya ¬kemudian kamu berjalan di hadapan muhajirin yang miskin dan sebahagian kalian memakan sebahagian. “(HR Muslim no_ 2962)

Oleh kerana itu ketika diserahkan perbendaharaan Parsi, Umar bin At Khaththab r.a. menangis dan berkata: “Sesungguhnya harta ini jika dibukakan kepada suatu umat, Allah jadikan permusuhan di antara mereka.”

Kesembilan: Orang-orang kafir tidak akan mampu menghancurkan umat Islam, walau mereka bersatu dari segala penjuru -dan mereka memang sudah bersatu-, sebagaimana dinyatakan dengan jelas dalam hadis Tsauban r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah melipat bumi ini bagiku, maka aku melihat bahagian timur dan baratnya. Dan umatku akan sampai kekuasaan mereka seperti yang ditunjukkan kepadaku. Aku juga diberi perbendaharan merah dan putih (emas dan perak yang itu adalah harta benda kerajaan Parsi dan Rom) dan aku meminta kepada Allah untuk umatku agar tidak dibinasakan dengan kelaparan setahun yang membinasakan mereka. Dan agar jangan sampai mereka dikuasai musuh selain diri mereka sendiri hingga akan dihancurkan mereka hingga akar-akarnya. Dan Allah telah berfirman :

“Wahai Muhammad, Sesungguhnya Aku bila menetapkan suatu ketetapan, maka itu tidak mampu ditolak. Aku memberikan bagi umatmu untuk tidak dibinasakan dengan kelaparan setahun. Dan Aku tidak jadikan berkuasa mereka satu musuhpun selain diri sendiri yang akan menyerang mereka sendiri walau musuhnya sudah bersatu dari berbagai penjuru. Hingga d iantara mereka sendiri yang saling menghacurkan satu dengan lainnya (HR Muslim no. 2889)

Maka apa yang mampu membuat sebuah pohon yang teguh yang akarnya menancap ke bumi dan cabangnya mencakar ke langit menjadi sia-sia?!

Sebutir Nasi Menangis

Semasa kita menikmati makanan yang direzekikan Allah


pernahkah kita meluangkan sedikit masa dari umur kita untuk memikirkan hakikat sebenar nilai walaupun sebutir nasi? Mengapa sebutir nasi yang terbuang menangis? Mana tahu sebutir kecil nasi yang terjatuh dari piring kita itulah rezeki kita yang paling membawa keberkatan.


Terfikirkah oleh kita sebelum sebutir nasi itu ada di hadapan kita, terlalu ramai manusia dan seluruh jentera kerajaan Allah yang terdiri daripada malaikat dan makhluk-makhlukNya yang lain telah bekerja keras menghasilkannya. Seandainya kita sedar, pasti kita tidak akan sampai hati untuk mensia-siakannya.



Petani-petani di negara Thailand misalnya telah menyemai jutaan benih-benih padi di sawah mereka - benih padi ciptaan Tuhan yang sudahpun wujud ribuan tahun tanpa pernah mengalami kepupusan [extinction] .Setiap hari mereka menyirami dan membajanya. Malaikat-malaikat di bawah perintah Allah menjaga tanaman padi itu, walau hakikatnya tanaman itu tumbuh membesar di atas kekuasaan Allah Yang Maha Menjadikan. Akar-akar padi menjalar memecah ketulan halus bumi mencari zat mineral yang terbaik,si air tetap setia berkhidmat mengairi tanaman kurniaan Tuhan untuk manusia, matahari tetap setia memancarkan cahaya yang diperlukan untuk proses tumbesaran si tumbuhan hijau, molekul-molekul udara tidak pernah luput kewujudannya walaupun ianya seakan ghaib di sekeliling kita, digunakan oleh tanaman untuk bernafas. Akhirnya setelah cukup tempoh, sampailah masanya pokok-pokok padi itu untuk dituai hasilnya.



Pekerja yang mengendalikan mesin [machine] tuai pun datang, lalu padi dikumpul dibawa ke kilang [factory]. Disana pekerja-pekerja dengan bantuan mesin, memproses padi tersebut dari bersekam hingga ia bersih menjadi beras, digredkan lalu dibungkus


Pernahkah kita si hamba Allah terfikir sesenduk nasi di dalam piring kita itu tidak datang dari tangkai padi yang sama? Mungkin juga mereka berasal dari ladang-ladang yang berlainan*


Setelah itu bungkusan-bungkusan padi dihantar ke pelabuhan untuk dieksport berpindah dari pelabuhan ke pelabuhan, diangkut ke masuk ke kapal kargo yang besar di dalam kontena. Setakat ini, sudah berapa banyak makhluk Allah yang campur tangan untuk membawa rezeki sebutir nasi tadi kepada kita sihamba Allah ini? Ini termasuklah mungkin lori 18 tayar yang membawa ratusan bungkusan beras ke gudang, pasaraya dan peniaga-peniaga kecil.


Apa sikap manusia semasa mengadap nasi sepiring itu? Tidak terlintas rasa bersyukur kepada Allah Maha Pemberi rezeki. Setiap suapan ke mulutnya tidak disertai rasa tawaduk seorang hamba atas hakikat dia telah dihidangkan makanan oleh Allah Yang Maha penyayang. Tidak berterimakasih kepada makhluk si air dan si api malah si rice-cooker yang menolong melembutkan nasi yang asalnya beras itu*apa lagi kepada si tukang masaknya.



Ucapan Bismillah sebelum makan itu jikalau dia mengucapkan itupun sekadar satu kebiasaan, tiada yang istimewa. Sebutir nasi yang terjatuh ke atas meja, atau ditinggalkan di dalam piring akibat tidak habis dimakan akhirnya akan menangis. Sebutir nasi yang tadinya gembira dapat berkhidmat kepada manusia, makhluk yang dimuliakan oleh Sang Pencipta pun menangis.


Sebutir nasi yang awalnya ceria kerana dapat berkhidmat dan menolong sama menguatkan badan manusia itu untuk beribadah kepada TuhanNya pun berduka lara. Ia akan dihumban kedalam tong sampah atau jatuh ke lantai lantas dilupakan. Apakah kerana ia mudah didapati, harganya pun murah, maka ia dipersiakan? Diperkecilkan? Hakikatnya si manusia bukan memperkecilkan sebutir nasi itu, tetapi Allahlah yang diperkecilkannya.



Selama kita hidup di dunia ini sudah berapa kilogram nasi yang kita makan, berapa banyak ratus jenis makanan yang kita rasai dan nikmati? Pernahkah kita terfikir, hidangan seekor ikan itu dari laut mana datangnya, segelas susu itu telah diamanahkan oleh Allah kepada berapa banyak makhluk, yang akhirnya dapat dihidangkan kepada kita si hamba Allah ini?

Pernahkah kita terfikir jika di suatu hari setelah malaikat mencari-cari di timur dan barat, tetapi tidak dijumpai oleh mereka secebis makanan, seteguk air atau sehirup oksigen untuk kita, itu tandanya bahawa sudah sampai masanya roh kita menghadap Penciptanya, meninggalkan jasad yang sudah tidak berguna apa-apa*



Antara perkara yang memberi cahaya pada hati adalah bergaul dengan orang-orang soleh. Di waktu sedang makan pun banyak ilmu yang boleh didapati dari mereka* sebaiknya, piring makanan itu dialas kain saprah atau jika tiada, gunakan serviette paper pun boleh supaya nasi yang jatuh dapat dikutip semula. Makanlah dengan penuh rasa kesyukuran dan tawaduk. Kita ini hamba yang tidak punya apa-apa, walau semahal mana makanan yang kita beli menggunakan duit sendiri, hakikatnya duit dan hidangan itupun Allah yang memberinya. Ingat, apa yang masuk ke perut itu nanti akan dihisab [calculated] di akhirat, adakah kita berlebih-lebihan, adakah kita termakan hak fakir miskin; hidangan yang tidak akan dihisab adalah yang dimakan secara berjemaah. Oleh itu seeloknya, makanlah bersama sahabat-sahabatmu."