Ahad, 28 Mac 2010

.:Sikap menghina atau memalukan org lain (Dikelantan):.

Ini pula lain kisahnya, seperti yang aku pernah bg tau sebelum ini, walaupun aku dilahirkan dikelantan tetapi aku kurang memahami sepenuhnya bahasa kelantan, aku sebelum ni ade tertarik hati untuk bekerja di kelantan tetapi tidak lagi setelah aku praktikal selama 2 minggu dikelantan.

Masa mula aku dtg praktikal,aku malu untuk keluar berbual-bual dengan pekerja di tmpat aku praktikal, aku cuba buang sikap malu tersebut,tapi tak terdaya cz aku mmg pemalu n aku tak fhm pe yg dia org ckp. Selepas 1 minggu aku mula keluar dan berbual-bual, aku bayangkan setelah aku cuba berbual2 mereka akan mula rapat dgn aku, mmg mereka dah ok dgn aku, tp syg dalam diam atau dalam bahasa mereka, mereka memalukan aku depan orang ramai, aku tercenggan cz aku tk fhm pe diaorg ckp, tp yg aku fhm diaorg kenekan aku dlm bahasa mereka la, Cuma aku tak tau la dia ckp pe pasal aku,yang penting sekarang dia memalukan aku didepan semua pekerja yang ade. Mmg nampak hina sangat aku ni, mmg aku hina cz aku tak fhm bhs kelantan,tp perlu ke aku dihina?

Dari sini bukti kepada pe yang dikatakan oleh rakan selangor aku “org kelantan ni bila kita tak fhm bhs mereka,walaupun mereka rapat dgn kita tp dlm masa yang sama diaorang jatuhkan kita, atau diaorg malukan kita”. Dulu aku tak percaya pe yg kawan aku ckp,aku fikir org2 kelantan kebanyakannya ramah-ramah,Dan sekarang buktinya depan mata aku sendiri yang mana aku rasa sendiri, aku tersangat-sangat terkilan cz aku org kelantan gak.

Ok lah korang pikir la sndiri,kalau tak puas hati korang tak leh nk marah-marah aku cz ni pengalaman atau pe yang aku sendiri rasa di kelantan. Aku Cuma nk luahkan sahaja. Kalau rasa diri sendiri bersikap sedemikian ubahlah.

.:Sikap tidak menerima rakan baru (Dikelantan):.

Ini semua dari ape yang aku lihat sendiri,dari apa yang aku rasa,semasa berada di kelantan. (kebenaran yang dilihat dengan mata dan akal fikiran sendiri), jangan terasa hati bagi rakan-rakan,saudara-saudara, atau sesiapa sahaja yang berasal,atau tinggal di kelantan.

15.3 aku mula praktikal di salah sebuah syarikat, di kelantan, aku pilih kelantan bukan atas sebab minat aku sendiri,tetapi kerana perkara yang lain. Sebelum aku mula praktikal dah banyak aku dengar mengenai perangai masyarakat kelantan. Jadi Untuk praktikal ni aku bukan hanya nak praktikal tapi nak mencari kebenarannya, adakah benar orang kelantan suka memalukan orang lain yang tidak memahami bahasanya di depan orang ramai,n banyak lagi persoalannya yang akan dihuraikan dalam coretan ini.

Bermula pada hari pertama aku mula praktikal, suasananya jauh berbeza di selangor, rakan-rakan kerja disini tidak mempedulikan budak-budak praktikal yang baru dikenali atau yang baru memulakan praktikal, situasi ni aku yang rasa sendiri, mereka semua tidak mempedulikan rakan baru, mereka hanya bergurau senda dengan rakan-rakan yang mereka rapat sahaja. Ini ke ukhuwwah kelantan?? Kalau selangor terlalu sosial dengan sikap remaja, tetapi diselangor tidak pula bersikap seperti masyarakat dikelantan. Buktinya, dr perbualan aku dan rakan selangor yang sama kelas, kolej, kos..

A : salam, weh ko buat pe?

R.S : aku tak de wat pe. Cm mana tmpt praktikal?

A : entahla, diaorang cm tak layan je bebudak praktikal.

R.S : aku kat sini dia org yg tarik aku tuk bckp,mybe diaorg tau kot bebudak praktikal mesti susah untk membiasakan diri di tmpat keje,so diaorg berperanan tuk buat bebudak praktikal dpt sesuaikan diri dgn suasana kerja.

A : diaorg bg bnyk keje ke? Ko g tanya or diaorang yang bg?

R.S : banyak gak, aku tak tanya pun diaorg yg dtg suruh buat keje, mybe dia tau kot aku malu nk tanya ade keje ke tak,biasa r tu awl2, ko lak cm ne?

A : entah la,ade sikit je, aku de tanya dia,tp cm nk tak nk bg aku buat, emmm..boring dah aku kat sini..diaorg tak layan pun..

Ok lah,dari pe yang ditulis tadi tu pe yang kamu semua dapat Fikirkan? Terjadi pada diri aku sendiri..aku tulis tuk luahkan ketidakpuasan hati aku terhadap mereka yg terlibat la....memang satu kelemahan pada diri aku yang dilahirkan di kelantan tetapi tidak dapat memahami sepenuhnya bahasa kelantan. HARUSKAH AKU DIHINA?

Sabtu, 27 Mac 2010

.:Kemuliaan Umat Muhammad S.A.W

Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:


1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.

2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W derhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

.:Berdoalah:.

Wahai Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu
sepanjang hidup kami.

Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.

Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau
baik ibadat kepadaMu.

Ameen

.:Disiplin Dan Akhlak:.

Bentuklah Akhlak yang Baik....

1. Bangunlah segera untuk melakukan shalat apabila mendengar Adzan walau bagaimana pun keadaannya.

2. Baca, telaah, dan dengarkanlah Al-Qur’an atau dzikirlah kepada Allah dan jangan engkau senang menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tidak ada manfaatnya.

3. Bersungguh-sungguhlah untuk bisa dan berbicara dalam bahasa Arab dengan fasih.

4. Jangan memperbanyak perdebatan dalam berbagai bidang pembicaraan sebab hal ini semata-mata tidak akan mendatangkan kebaikan.

5. Jangan banyak tertawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (dzikir) adalah tenang dan tentram.

6. Jangan bergurau, karena ummat yang berjihad tidak berbuat kecuali dengan bersungguh-sungguh terus menerus.

7. Jangan mengeraskan suara diatas suara yang diperlukan pendengar, karena hal ini akan mengganggu dan menyakiti.

8. Jauhilah dari membicarakan kejelekan orang lain atau melukainya dalam bentuk apapun dan janganlah berbicara kecuali yang baik.

9. Berta’aruflah dengan saudaramu yang kalian temui walaupun dia tidak meminta, sebab prinsip dakwah kita adalah cinta dan ta’awun (kerja sama)

10. Pekerjaan Rumah kita sebenarnya lebih bertumpuk dari pada waktu yang tersedia, maka tolonglah selainmu untuk memanfaatkan waktunya dan apabila kalian mempunyai sesuatu keperluan maka sederhanakanlah dan percepatlah untuk diselesaikan.

.:10 SeBaB dOa TeRhiJaB:.

10 Sebab Doa Terhijab

''Wahai Ibrahim Adham, kami telah
berdoa kepada Allah, tetapi tidak
diperkenankanNya lagi. Beritahulah
kami apakah sebabnya?'' Ibrahim Adham
menjawab, terhijabnya doa disebabkan
10 perkara..''

1) Kamu mengenali Allah tetapi
tidak menunaikan hakNya (perintahNya).

2) Kamu membaca al-Quran tetapi
tidak beramal dengannya.

3) Kamu mendakwa iblis itu musuh
kamu tetapi kamu menurut hasutannya.

4) Kamu mendakwa mencintai
Rasulullah tetapi kamu meninggalkan
amalan dan sunnahnya.

5) Kamu mendakwa mencintai syurga
tetapi kamu tidak beramal untuk
mendapatkannya.

6) Kamu mendakwa membenci neraka
tetapi kamu tidak meninggalkan
perbuatan dosa.

7) Kamu mendakwa mati itu benar
tetapi kamu tidak bersedia untuk
menghadapinya.

8) Kamu sibuk menceritakan
keaiban orang lain tetapi kamu lupa
keaiban diri sendiri.

9) Kamu makan rezeki Allah tapi
kamu tidak mensyukurinya.

10) Kamu mengebumikan jenazah
saudaramu tetapi kamu lupa mengambi..


.: Kenapa Aku Diuji:.

Berikut ini kiriman dari seorang sahabat... semoga kita semakin semangat dalam menjalani setiap episode kehidupan yang dipersembahkan-Nya dengan segala cinta...


KENAPA AKU DIUJI?

• Surah Al-Ankabut ayat 2-3
•Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang
yang dusta.


KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU
IDAM-IDAMKAN?
• Surah Al-Baqarah ayat 216
• Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
• Surah Al-Baqarah ayat 286
•Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.


RASA FRUSTASI?
• Surah Al-Imran ayat 139
• Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.


BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
• Surah Al-Imran ayat 200
•Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah
supaya kamu beruntung.



BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
• Surah Al-Baqarah ayat 45
• Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',


APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
• Surah At-Taubah ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.



KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
• Surah At-Taubah ayat 129
• Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal


AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
• Surah Yusuf ayat 87
• dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Surah An-Nisaa' ayat 86
• Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah
(dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah
memperhitungkan segala sesuatu.
• Mari kita berbenah dan terus berbenah..untuk memepersembahkan yang terbaik.

Dalam masa hidup kita...
Dengan torehan kemuliaan dan semangat pantang menyerah...
Dimanapun. kapanpun dan dengan siapapun..selama ALLAH SWT
menjadi "..just The ONE goal..“ Insya Allah akan "bahagia" sebagaimana doa yang sering terlantun untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

.:Fahamilah:.

Nak jadi pemimpin perlulah jadi pemimpin yang sebenar.Bagi saya, kalau kita sebagai seorang pemimpin tapi tidak melaksanakan hukum sebenar,dia bukanlah seorang pemimpin....


".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah

“…….Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” Surah Al Ma’idah : 44

“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” Surah Al Ma’idah : 45

“……Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” Surah Al Ma’idah : 47

Nabi s.a.w. bersabda: “Jangan demikian, demi Allah, nescayalah engkau semua itu wajib memerintahkan kebaikan, melarang dari kemungkaran, mengambil tangan orang yang zalim - yakni menghentikan kezalimannya - serta mengembalikannya atas kebenaran yang sesungguhnya, juga membasmi tindakannya kepada yang hak saja dengan pembatasan yang sesungguh-sungguhnya. Atau jikalau semua itu tidak dilakukan, maka nescayalah Allah akan memukulkan - membencikan - hati setengahmu terhadap setengahnya kemudian melaknati - mengutuk - engkau semua sebagaimana Dia mengutuk mereka - Bani Israil.” Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. Ini adalah menurut lafaznya Imam ‘Abu Dawud.

Saidina Abu Bakar berkhutbah ketika mula dilantik menjadi khalifah, yang antaranya bermaksud ".....Patuhilah aku selama aku mematuhi ALlah dan rasulnya. tetapi jika aku tidak mematuhi keduanya maka tiada kewajipan taat atas kalian terhadapku......" (Al Bidayah Wan Nihayah - Imam Ibnu Katsir, mengatakan sanadnya adalah sahih)