Selasa, 17 November 2009

.:Warkah Buat Wanita:.

Madah indah Buat Sahabat yang disayangi
sebagai muhasabah diri
agar sentiasa dilindungi dan disayangi.
Labuhnya tudung dan jilbabmu tidak menjamin sama dengan besarnya semangat jihadmu menuju redha tuhan mungkinkah labuhnya tudungmu hanya sebagai fesyen atau gaya semata-mata, atau mungkin tudung labuhmu hanya dijadikan alat perangkap supaya berjaya mendapatkan ikhwan yang diidamkan bahkan mungkin tudung labuhmu hanya akan dijadikan sebagai identitimu saja, supaya mendapat gelaran akhawat dan dikagumi oleh ramai ikhwan.
Tertutupnya tubuhmu tidak menjamin mampu menutupi aib saudaramu, keluargamu, bahkan diri sendiri, cuba perhatikan walaupun sekejap apakah aib saudaramu, temanmu bahkan keluargamu sendiri sudah tertutup. bukankah keburukan seorang perempuan selalu berulang tanpa disedari melalui kata-kata (mengumpat).
Lembutnya suara, selembut sutera tapi adakah kelembutan suaramu itu sama lembutnya dengan kasihmu pada saudaramu,pada insan yang miskin, anak-anak yatim, dan pada insan yang memerlukan kelembutan dan kasih sayangmu.
lembutnya rupa tidak menjamin lembutnya hatimu, adakah hatimu selembut salju mampu menitiskan air mata kesedihan ketika melihat anak-anak palestin gigih berjuang dan syahid di medan jihad. adakah selembut itu hatimu atau sebaliknya hati sekeras batu tidak terkesan apabila melihat tertindasnya anak-anak palestin dan semua ummat islam?
Rajinnya tilawahmu tidak menjamin rajinnya solat malammu,mugkinkah malammu diselimuti rasa rindu kepada ALLAH dengan bangun diwaktu malam dan ditemani dengan butiran airmatamu. Mungkinkah malammu selalu diselimuti dengan tebalnya selimut dan dodoian mimpi-mimpi khayalanmu dan lupa untuk bangun solat subuh?
Cerdasnya dirimu tidak menjamin mampu mencerdaskan saudaramu dan keluargamu. mungkin temanmu ikut bergembira menikmati ilmu-ilmunya seperti yang diperolehi oleh dirimu. tetapi dirimu tidak mempedulikan akan kecerdasan saudaramu, temanmu dan keluargamu sehingga membiarkannya begiru sahaja sehingga mereka jatuh ke lubang yang mengerikan iaitu maksiat.
Renungilah,Ingatilah,Sedarilah siapa kita?
dimana kita?
apa yang kita lakukan?

1 ulasan:

Muhamad Shafareez bin Salleh berkata...

Wanita hiasan dunia..
sebaik-baik wanita adalah wanita solehah,yang mengenal erti amanah dan tanggungjawab. Moga tergolong dalam firqoh yang di janjikan syurga oleh Allah...