Ahad, 23 Ogos 2009

-Tujuh tingkat Neraka-

NERAKA berasal perkataan Ibrani bermaksud unggun api menjadi tempat seksaan Allah yang dikhususkan untuk golongan ingkar kepada perintah-Nya ketika di dunia.


Di neraka, orang kafir termasuk golongan yang ingkar perintah Allah diseksa sebagai pembalasan seperti dijanjikan Allah SWT dalam firman bermaksud: “Wahai orang beriman jagalah dirimu, keluargamu daripada api neraka. Bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Sedangkan penjaganya adalah malaikat yang gagah lagi bengis. Mereka tidak menderhaka Allah, mereka melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya.” (Surah At-Tahrim: 6)


Api neraka berjuta kali panasnya berbanding api di dunia. Jika api itu jatuh ke bumi, walaupun sebesar hama, hancur lebur dunia ini. Itulah kepanasan api neraka yang tiada tolok bandingnya.


Tujuh nama neraka menanti golongan yang mendustai dan mengingkari perintah Allah SWT. Pembahagian tingkatan neraka menurut Syeikh Dahak Al-Ahbar yang kemudian dipersetujui ahli tafsir dan Usuluddin, antaranya Syeikh Qurthubi dan Imam Al-Ghazali ialah:


- Neraka Jahanam. Tingkat teratas. Neraka ini bermula dari tingkat paling atas sehingga ke terakhir (bawah). Ia seburuk-buruknya dan penghuni kekal di dalamnya.


Firman Allah SWT bermaksud: “Katakan kepada orang kafir; nanti kamu akan dikalahkan oleh orang Islam dan dihimpunkan kamu dalam Neraka Jahanam. Di sanalah tempat seburuk-buruknya.” (Surah Al-Imran:12)


Begitu juga dalam surah An Nisa, ayat 169, Allah SWT berfirman: “Orang kafir dan orang aniaya, mereka tidak diampunkan Allah dan tidak pula ditunjukkan jalan melainkan ke Neraka Jahanam. Mereka kekal dalam neraka itu selamanya. Yang demikian itu mudah sekali bagi Allah”.


- Luza adalah tingkat kedua yang dihuni pendusta agama Allah dan berpaling daripada ajarannya. Firman Allah bermaksud: “Sebab itu Kami beri khabar menakut kamu dengan Neraka Luza (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya melainkan orang celaka, iaitu orang mendustakan agama dan berpaling daripadanya.” (surah Al-Lail: 14-16)


- Hathamah ialah neraka tingkat ketiga tempat mereka yang lalai dalam mengerjakan perintah Allah kerana dipengaruhi harta dunia.


- Sair ialah tingkat ke empat neraka dihuni mereka yang makan harta anak yatim. Mata dan telinga mereka menjadi buta dan pekak manakala kulitnya tebal seperti Jabal Uhud.


- Saqru ialah neraka tingkat kelima, antara penghuninya ialah orang tidak bersolat, percaya kepada perkara bidaah, tidak memberi makan orang miskin dan tidak percaya kepada Hari Pembalasan.


- Jahim neraka tingkat keenam. Penghuninya melakukan dosa besar seperti berzina, membunuh, mendustai agama Allah dan minum arak.


- Hawiyah ialah neraka paling bawah menempatkan orang memusuhi Nabi. Walaupun neraka ini paling bawah, apinya sangat panas. Firman Allah SWT bermaksud: “Siapa yang ringan timbangan, dia dilemparkan ke Neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah Neraka Hawiyah? Ia adalah api yang sangat panas. ” (surah Al-Qariah: 8-11)

-Jom Fahami-

Selamat menaiki penerbangan Ramadhan Air,bernombor 1430H..kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 hari ke atas permukaan haus dan lapar..para penumpang diWAJIBkan untuk memasang niat puasa dan menegakkan kerusi solat..penerbangan ini bebas asap perselisihan..kapal terbang dijangka berlepas sebelum subuh dan akan tiba di destinasi ketika maghrib…KAMI selaku anak-anak kapal yang bertugas mengucapkan selamat menempuh madrasah tarbiyah ramadhan,mohon kemaafan atas segala kekhilafan selama ini…

Jumaat, 21 Ogos 2009

-Marhaban ya Ramadhan-



Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan

Ya Rabb, berkahi kami pada bulan Sya'ban dan pertemukanlah kami
dengan bulan Ramadhan, Amin.

Do'a Malaikat Zibril Menjelang Ramadhan:

"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum
memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang
berikut:"

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya
(jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami-isteri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapat kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amin-kan
adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari
Jum'at.

-12 Barisan Di Akhirat-

12 Barisan di Akhirat Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-
BARISAN PERTAMA Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEEMPAT Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."
BARISAN KELIMA Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEENAM Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETUJUH Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KELAPAN Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEMBILAN Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEPULUH Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEBELAS Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya..

Rabu, 5 Ogos 2009

-Adakah hari jilbab sedunia memperingati Marwah as-Syarbini??-

Marwah as-Syarbini mati syahid kerana tudungnya. Tidak banyak liputan TV mengenai Marwah as-Syarbini, seorang ibu yang mempunyai seorang anak,sedang mengandungkan tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda jerman keturunan Rusia yang anti islam dan anti muslim. Tidak ramai pula dikalangan orang islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian raja pop. Itu pun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. berhari-hari bahkan berminggu-minggu masih belum reda isunya.

Ribuang penduduk mesir menghantar jenazah Marwah ke tempat pengkebumiaanya. Beliau tidak sepopular artis tersohor dunia,Micheal Jackson,tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya.

Marwah ditikan di ruang mahkamah kota Dresden,Jerman sebelum memberi keterangan keatas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda jerman Alex W yang kerap menyebutnya "tiroris" hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwah dan berusaha melepaskan jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwah, kali ini ia menikam Marwah berkali-kali. Suami Marwah yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembah suami Marwah yang kini berada dalam keadaan kritikal di hospital Dresden.

Dalam sejarah islam, seorang wanita islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman khalifah Mu'tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata "waa Mu'tasimah". Mu'tasim yang berada jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.

Umat islam kini, apa yang dibuatnya?media dunia umat islam sendiri hanya pentingkan berita pengebumian raja pop Micheal Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwah melainkan media islam khususnya di internet.

Untuk memperingati peristiwa ini, hari jilbab sedunia dicadangkan bagi mengenangkan Marwah as-syarbini.

-Persoalan-

1) Kenapa artis barat,dan artis melayu seksi menjadi sebutan mengenai kematiannya?
2) Adakah kita tahu Mengenai kematian Marwah as-Syarbini?
3) Adakah kematiannya disebarkan di media malaysia?

-Marwah simbol Muslimah sejati-


Kematian Marwah bukan sahaja disambut oleh saudara-saudara Muslim di Mesir tempat tumpah darahnya, malah di kebanyakan Negara Eropah dengan pelbagai respons yang amat mengkagumkan. Ia menunjukkan bahawa Marwah tidak bersendirian dalam mempertahankan kebenaran agama melalui pemakaiannya yang disifatkan sebagai muslimah sejati.

Sebuah nama jalan di Iskandariyah, bandar besar yang menjadi tempat kelahirannya telah ditukar kepada namanya, rakyat jelata keluar di jalan-jalan raya menyatakan sokongan terhadapnya kerana berani dan berjaya mempertahankan haknya sebagai Muslimah yang takut hanya kepada Allah SWT.

Begitu juga di Jerman, sebuah institut yang dimiliki oleh warga Jerman yang bukan beragama Islam, dengan berani menyatakan sokongan terhadapnya dengan menukar kepada Institut Marwah. Mereka menyifatkan Marwah sebagi pejuang dan pembela agama Islam di Jerman dan di Eropah kerana mahu haknya dikembalikan walaupun beliau tidak sempat melihat sokongan daripada pelbagai pihak. Ada yang simpati, sedih dan tidak kurang juga yang menuntut agar kematiannya dituntut dengan seadil-adilnya oleh Mahkamah Tinggi Jerman.

Di Paris, beribu-ribu warga Perancis yang beragama Islam dan bukan Islam keluar di jalan-jalan utama Negara itu dengan membawa sepanduk menyatakan rasa simpati, sedih dan sokongan padu mereka yang tidak berbelah bahagi terhadap kematian Marwah yang disifatkan sebagai satu tragedi yang amat menyayat hati, bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada masyarakat antarabangsa yang turut terpanggil untuk menyatakan pendirian mereka.

Mereka bukan sahaja menyuarakan rasa terkilan, malah membuta bantahan secara terbuka kepada Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy yang dilaporkan baru-baru ini lantang menghalang mana-mana Muslimat negara itu yang menjadi kakitangan awam tidak dibenarkan memasuki kawasan premis kerajaan melainkan mereka terlebih dahulu menanggalkan tudung kepala mereka. Larangan juga termasuk kepada para pelajar sekolah menengah dan di peringkat universiti atau kolej.

Di Teheran, para penunjuk perasaan menjadikan kedutaan Jerman di negara itu sebagai sasaran kecaman. Mereka membaling batu ke arah petugas kedutaan dan mengeluarkan kata-kata kesat. Ini tidak lain kerana sensitiviti mereka terhadap kejadian yang menimpa Marwah yang menjadi mangsa, bukan sahaja beliau, anak dalam kandungannya juga termasuk suami dan anaknya Mustafa berusia empat tahun yang masih trauma dan fobia kesan melihat ibunya ditikam dalam mahkamah.

Sehubungan dengan itu juga, para pensyarah di beberapa institut dan universiti yang bukan beragama Islam turut menyatakan kemarahan mereka terhadap apa yang terjadi ke atas Marwah. Mereka mengadakan siri ‘road show’ untuk menjelaskan kepada masyarakat Jerman bahawa ia satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan, antara mereka yang menyertai sesi penerangan itu ialah Narges Keiran, pensyarah bahasa Inggeris di Jerman dengan tajuk Kesyahidan Marwah patut dibela.

Peguam Marwah, Khaled Abu Bakr akan bercakap mengenai undang-undang dalam menghadapi jenayah perkauman bangsa dan agama. Tareq as-Syaribi abang mangsa yang turut hadir sebagai saksi di mahkamah Jerman pada hari perbicaraan. Beliau akan bercakap mengenai kehidupan Marwah sebagai Muslimah sejati, para pensyarah berbilang bangsa akan bercakap mengenai Islamfobia yang sepatutnya dihapuskan, para perwakilan badan-badan bukan kerajaan di Jerman yang turut berucap menyatakan pendirian masing-masing.

-Marwah as-Syarbini jadi sebutan sebagai syahidah-


Marwah as-Syarbini yang merupakan seorang ahli farmasi yang berkelulusan PHD dalam bidang berkenaan, mengambil cuti rasmi bekerja kerana mengikuti suaminya Alwi Ali Ukkaz yang menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan di salah sebuah universiti di Berlin, Jerman.

Pemergian mereka ke Jerman untuk menggarap ilmu pengetahuan walau daripada ‘non-Muslim’ dianggap sebagai salah satu perjalanan yang diredhai Allah SWT, kerana baginda s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: “Hikmah (ilmu pengetahuan) itu kadang-kadang tidak ada pada orang Islam, di mana sahaja mereka memperolehinya, maka mereka berhak mendapatkannya (walau daripada orang bukan Islam).”

Mereka berada di Jerman adalah untuk urusan ibadat kepada Allah kerana dengan penggarapan ilmu kejuruteraan yang terkadang-kadang tidak dikuasai oleh orang Islam di tempat sendiri, maka ia menjadi fardhu kifayah yang mesti disampaikan apabila pulang ke pangkuan masyarakat kelak. Ia disandarkan kepada firman Allah SWT menerusi ayat 122 surah at-Taubah yang bermaksud: “Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagiaan sahaja daripada tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (daripada melakukan larangan Allah).”

Isu pembunuhan Muslimah yang bertudung kepala, Marwah as-Syarbini di mahkamah Jerman kerana mempertahankan maruah serta harga dirinya apabila dihina kerana berpakaian sempurna sebagai Muslimah oleh seorang ‘lelaki gila’ berbangsa Jerman, menjadi riwayat hidupnya yang terakhir di negara asing apabila kes saman malunya menjadi tragedi apabila beliau ditikam sebanyak lapan kali dan rebah walaupun disambut suaminya Ali dan anaknya Mustafa berusia 4 tahun yang trauma hingga ke hari ini.

Marwah yang mengandungkan anak kedua berusia tiga bulan mati bersama-sama zuriat dalam kandungan, suaminya pula ditembak oleh sepasukan polis yang meluru masuk dalam bangunan mahkamah yang sepatutnya lelaki Jerman gila itu yang ditembak, bukan suaminya, walaupun tercedera namun hatinya terguris apabila mengenangkan nasib diri dan anaknya meneruskan hidup tanpa isteri tersayang.

Apa pun itulah hakikatnya yang terjadi ke atas umat Islam yang komited kepada agama, berbanding dengan non-Muslim yang melakukan lawatan ke nagara-negara umat Islam dengan berpakaian separa bogel, orang Islam tidak sedikit pun mencemuh mereka, walaupun ia digambarkan sebagai tidak bertamadun. Hakikatnya ialah orang Islam begitu menjaga prinsip agama dengan tidak mengguriskan perasaan bukan Islam, apatah lagi melakukan sesuatu tindakan di luar jangkaan semua pihak. Tetapi ia berbeza sekali dengan tindakan liar penganut lain, mereka sama sekali tidak memikirkan perasaan orang Islam. Dalam hal ini, siapakah yang boleh dikatakan pengganas yang sudah boleh dibuktikan dengan tindakan liar.

Selasa, 4 Ogos 2009

-Kambing panggang Berbicara-

Kalau kita temui binatang yang masih hidup dapat berbicara tentu orang menganggapnya sebagai perkara yang ajaib. Akan tetapi ia lebih ajaib lagi kalau ada binatang yang telah disembelih dan telah pun dipanggang boleh berbicara. Kisah ini benar-benar berlaku di zaman Nabi S.A.W yang diceritakan di dalam hadis iaitu kambing yang telah disembelih dan yang telah dipanggang boleh berbicara.

Abu Hurairah r.a berkata, " sesungguhnya Rasulullah s.a.w hanya menerima hadiah dan tidak mahu makan sedekah. lalu seorang wanita Yahudi di Khaibar menghadiahkan kepada beliau s.a.w kambing panggang yang telah dimasukkan racun. Lalu Rasulullah s.a.w pun memakan sebahagian dari daging kambing itu, dan para sahabat yang bersama-samanya ketika itu turut makan. (selepas diberitahu oleh kambing panggang itu bahawa ada racun) Nabi s.a.w mengingatkan para sahabat'"Angkatlah tangan kamu (berhenti makan), kerana kambing panggang ini memberitahu kepada aku bahawa dia beracun. Setelah Bisyr bin Al- Baro' bin Ma'rur Al- Anshoriy (yang telah termakan bahagian yang beracun itu) didapatinya meninggal dunia (sekembalinya ke rumah). Maka Nabi s.a.w mengirim (utusan membawa surat) kepada wanita Yahudi itu dengan pertanyaan; apakah yang mendorong kamu melakukan hal itu (meletak racun)?. wanita itu menjawab; jika engkau adalah seorang nabi, maka apa yang aku telah lakukan tidak akan membahayakan dirirmu. Jika engkau adalah seorang raja, maka aku telah melepaskan manusia darimu. " kemudian Rasulullah s.a.w memerintahkan untuk membunuh wanita itu maka ia pun dibunuh...."

Persoalan dalam kisah ini ialah tentang peristiwa aneh kambing yang telah mati dan dipanggang boleh berbicara kepada Nabi s.a.w. ini suatu mukjizat Nabi s.a.w sebagai bukti kebenaran Nabi s.a.w.

-Unta mengadu Masalah Kepada Nabi S.A.W-

Manusia adalah makhluk yang mempunyai perasaan. Dari perasaan itu timbul rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. Akan tetapi ketahuilah, bukan hanya manusia mempunyai perasaan, bahkan haiwan pun memilikinya. Oleh kerana itu sangat disesalkan jika ada manusia yang tidak memiliki perasaan yang membuatkan dirinya lebih rendah daripada haiwan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada Rasulullah S.A.W mengungkapkan perasaannya.


Abdullah bin Ja'afar r.a berkata, pada suatu hari Rasulullah S.A.W pernak ketika bersam-sama aku, beliau membisikkan tentang sesuatu yang tidak akan kuceritakan kepada seseorang di antara manusia. sesuatu yang paling beliau senangi untuk dijadikan pelindung untuk buang hajatnya adalah gundukan tanah atau kumpulan batang kurma lalu beliau masuk kedalam kebun lelaki Ansar. Tiba-tiba ada seekor unta. Tatkala Nabi S.A.W melihatnya, unta itu merintih dan bercucuran air matanya. Lalu Nabi S.A.W menghampirinya seraya mengusap dari perutnya sampai ke lehernya dan hingga ke tulang telinganya, maka tenanglah unta itu, kemudian beliau bersabda "siapakah pemilik unta ini,unta ini milik siapa?" lalu datanglah seorang pemuda Ansar seraya berkata, "unta itu milikku,wahai Rasulullah". Maka Nabi S.A.W bersabda, "tidakkah engkau bertaqwa kepada Allah lantaran binatang ini, yang telah dijadikan sebagai milikkmu oleh Allah, kerana ia (binatang ini) telah mengadu kepadaku bahawa engkau telah membuatnya letih dan lapar?


Demikian suara hati seekor binatang, yang selaku seorang Nabi dan Rasul, bukan sahaja pemimpin yang kepada manusia dan jin, tetapi sifat keperihatinan kepimpinan baginda S.A.W sehingga terhadap binatang.


lantaran itu beliau S.A.W bersabda: "sesiapa sahaja yang mengasihi (apa jua) makluk, ia akan dikasihi oleh Tuhan yang bersifat ar-rahman. Oleh itu,sayangilah setiap orang yang berada diatas bumi ini yang bersifat penyayang, akan dikasihi oleh yang diangit (para malaikat).