Bagi rakan-rakan yang ada adik-adik perempuan, ada kakak, sudah berkahwin, atau bertunang, atau kawan-kawan dari kalangan wanita. Sampaikan pesanan ini pada kaum wanita. Tapi ini bukan hanya tuk wanita tau, lelaki pun boleh, supaya sentiasa menghargai wanita, bukan menghargai dengan melakukan perkara yang bukan-bukan. Ingat tu.....
1. Seorang Wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang Wali.
2. Seorang Wanita solehah lebih baik daripada 70 orang Lelaki soleh.
3. Seorang Wanita jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki jahat.
4. 2 rakaat solat dari Wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat Wanita yang tidak Hamil.
5. Wanita yang memberi minuman susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang baru pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan dapat pahala jihat!!!
7. Wanita yang habiskan Malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami melihat isterinya dengan Kasih Sayang akan dipandang Allah dengan penuh Rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang kerana Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangga akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada Yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malamnya kerana menjaga anaknya sakit, akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila ia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang mengali tepung gandum dengan "bismillah" Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akam mengizinkan untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan mendapat pahala ibadat pada Malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala Haji.
18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
19. Sekiranya wanita Mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira mati syahid.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh, maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika Wanita yang memberi susu kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suaminya bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
memang mudah kan bagi seseorang wanita untuk memasuki syurga, tetapi kenapa masih ramai yang hidup dalam kejahilan?? mmg mudah tapi yang menyusahkannya adalah diri sendiri. ala islam itu sebenarnya mudah, mudah dalam melaksanakan solat, mudah dalam urusan kerja, dan sebagainya, tapu yang menyusahkannya adalah kita sendiri.
Fikir-Fikirkan lah Wahai manusia....
bagi seorang suami, tidak akan kamu jejaki syurga sebelum kelaurga menjejak syurga. jangan ingat nak kawin ramai kalau yang satu pun belum terbela.. pilihlah syurga jangan pilih neraka ok...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan