Hadian dari Allah buat insan yang memuliakan tetamunya
Pada zaman dahulu kala, tinggal seorang wanita yang digelar Al-Fidhah yang bermaksud perak. Wanita tersebut memiliki seekor kambing yang mana kambing tersebut menjadi buah mulut penduduk desa kerana mampu mengelaurkan susu dan madu.
Pada suatu hari datang seorang pemuda kerumah wanita tersebut bagi mencari kebenaran denga apa yang didengarnya. ucapan salam diberikan, pemuda "Assalamualaikum". tidak lama kemudian muncul seorang wanita, lalu pemuda itu berkata " aku datang kesini adalah untuk mendapatkan kebenaran mengenai apa yang diceritakan oleh penduduk desa berkaitan dengan binatang itu". Dengan wajah tensenyum, Wanita itu menunjukkan kepadaku dan aku diberikan kebenaran untuk memerahnya seta mendapatkan susu dan madu, maka ternyata kebenarannya.
Aku bertanya " bagaimana asal kambing yang dimiliki itu?". Wanita solehah itu menjawab dengan tenang. " pada zaman dahulu aku adalah golongan yang miskin, hanya mempunyai seekor kambing kecil untuk hari raya. suamiku ingin menyembelik kambing itu, namun aku tidak membenarkannya kerana Allah tahu akan keadaan kita hari ini.
Pada hari raya, datang seorang tetamu sedangkan kami tidak mempunyai makanan untuk dihidangkan kepadanya. Lalu aku berkata kepada suami "ada seseorang tetamu datang, maka sembelihlah kambing itu bagi memuliakan tetamu yang hadir.
ketika suamiku menyembelih kambing itu, sedang aku berada di ruang tamu, tiba-tiba datang seekor kambing melompat ke dalam rumah. aku bergegas ke belakang rumah, suamiku sedang menguliti kambing tersebut. aku memberitahu suamiku perihal itu, lalu suamiku berkata "mudah-mudahan digantikan oleh Allah dengan yang lebih baik". itulah kambing yang mengeluarkan susu dan madu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan