Ini adalah antara beberapa faktar asal usul setiap solat yang kita lakukan setiap hari. Kita mugkin ada belajar matapelajaran sejarah, namun bagi sejarah solat ini tidak terkandung dalam dalam sejarah yang kita belajar, apa yang ada dalam sejarah adalah sejarah mengenai penubuhan pembangunan, tokoh pahlawan, zaman purba, zaman batu, dan sebagainya. Kita juga mungkin belajar pendidikan islam, tetapi berkemungkinan ustazah atau ustaz kita sendiri yang terlepas pandang untuk menceritakan sejarah solat. Disini mari kita kongsi bersama-sama tentang sejarah solat :
Solat Subuh:
Orang yang pertama melaksanakan solat subuh adalah Nabi Adam a.s. iaitu selepas baginda keluar dari syurga lalu dihantar kebumi. Perkara pertama yang dilihatnya adalah kegelapan dan baginda berasa amat takut. Apabila fajar subuh telah keluar. Nabi Adam a.s pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama : Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua : Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
Solat Zuhur :
Orang yang pertama menlaksanakan solat Zohor adalah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. sedang seruan itu datang pada waktu tergelincirnya matahari, lalu sujuhlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama : Bersyukur bagi penebusan
Rakaat kedua : Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan anaknya
Rakaat ketiga : Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah
Rakaat keempat : Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan seekor kibas.
Solat Asar :
Orang yang pertama yang melaksanakan solat asar adalah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun. Ikan nun memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu asar. Maka bersyukrlah Nabi Yunus lalu solat empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan itu.
Rakaat pertama : Kelam dengan kesalahan
Rakaat kedua : Kelam dengan air laut
Rakaat ketiga : Kelam dengan malam
Rakaat keempat : Kelam dengan perut ikan nun.
Solat Magrib :
Orang yang pertama mengerjakan solat magrib adalah Nabi Isa a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya. sedang waktu itu terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu solat tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut.
Rakaat pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang esa
Rakaat kedua : Untuk menafikan tuduhan dan tomahan ke atas ibunya Siti Maryam yang telah ditudung melakukan perbuatan sumbang
Rakaat ketiga : Untuk menyakinkan kepada kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah.
Solat Insyak :
Orang yang pertama mengerjakan solat insyak adalah Nabi Musa a.s pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyam. sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. lalu Allah menghilangkan perasaan dukacitanya itu pada waktu insyak yang akhir. Lalu bersembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama : Dukacita terhadap isterinya
Rakaat kedua : Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun
Rakaat ketiga : Dukacitanya terhadap firaun
Rakaat keempat : Dukacita terhadap anak firaun.
Begitulah serba sedikit sejarah yang ana ketahui. sama-samalah kita fikirkan apa sebenarnya yang tersurat dan tersirat dalam setiap solat yang kita kerjakan.
2 ulasan:
boLeh tau sumbernya ?
Catat Ulasan