Selasa, 16 Jun 2009



Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah. Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM. Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman..

Daripada Ibnu Abbas & Imran bin Hushain r.a drpd Nabi s.a.w sabdanya: “Aku melihat ked lm syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah drpd kalangan org2 yg faqir.Dan aku melihat ke dalam neraka maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah drpd golongan perempuan”.-H.R.Bukhari dan Muslim

Tiada ulasan: