Khamis, 2 Julai 2009

Kanak kanak kupu kupu syurga


Ditulis oleh Syed Mohd Azlan

Perhatikan keistimewaan yang bakal diperolehi apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga;

1. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuanya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis kerana takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api Neraka ke atas tubuhnya.


2. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.


3. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.


4. Barangsiapa keluar ke pekan Muslimin dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.


5. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.


6. Aqrak pernah terlihat Nabi s.a.w. mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata: "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium". Sabda Nabi s.a.w.; "Orang yang tidak menyayang tidak pula akan disayang". Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


7. Suruhlah anak-anakmu sembahyang ketika umurnya tujuh tahun dan pukullah dia kerena meninggalkan sembahyang apabila berumur sepuluh tahun, pisahkan anak-anak perempuan dalam tempat tidur mereka.


8. Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasullullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi". Sabda Nabi s.a.w.; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibu bapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak atas dirimu".


9. Setelah anak perempuan kamu berumur 16 tahun, maka
kahwinkanlah dia.

Tiada ulasan: