Khamis, 3 Mac 2011

KEBAIKAN PROGRAM "SCORE A"


  1. Murah, hanya RM7.10 sebulan untuk satu subjek.
  2. Masa belajar yang "Fleksible"mengikut kehendak hati.
  3. Boleh belajar di mana-mana sahaja.
  4. Dengan komputer tidak menjemukan,belajar cara terkini,tanpa guru,mudah difahami.
  5. Hanya berada dirumah.
  6. Lebih selamat
  7. Keputusan prestasi dengan serta merta bukan selepas peperiksaan.
  8. koleksi soalan-soalan peperiksaan yang lepas disediakan.
  9. Diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan PIBG Nasional.

Selasa, 1 Mac 2011

Ciri-ciri Unik Score A Programme





eNotes

eNotes adalah nota ringkas tetapi padat yang disdiakan untuk semua mata pelajaran dalam program Score A.

eNotes sangat sesuai untuk pelajar mengulangkaji sesuatu mata pelajaran sebelum membuat latihan. Ia disediakan secara topikal. Oleh itu, pelajar disaran meneliti eNotes sebelum menjawab soalan dalam eTopic.

Dengan demikian, pelajar akan lebih bersedia untuk membuat latihan atau menjawab soalan yang disdiakan melalui eTopic, terutama dalam membuat pilihan jawapan yang tepat.


ePast Year Exam

ePastYearExam membolehkan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama ialah UPSR , PMR dan SPM berlatih menggunakan kertas soalan tahun-tahun lepas sebenar yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Setiap kertas soalan disediakan dalam format yang sama seperti kertas soalan peperiksaan yang sebenar. Disini para pelajar boleh memilih soalan samada menurut “Tahun” ataupun secara”Rawak” dan haruslah melengkapkan latihan dalam masa yang diperuntukkan. Ciri yang ekslusif dan berharga ini membolehkan pelajar melakukan latihan tanpa had. Justeru membantu dan membiasakan diri untuk bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A didalam peperiksaan yang sebenar.


eTopic - Soalan-soalan berpandukan topik

eTopic adalah satu modul latihan yang membolehkan pelajar melakukan latihan-latihan pendek dan membekalkan pembelajaran output secara terus untuk menilai tahap pemahaman pelajar terhadap topik yang diajar disekolah. Pelajar boleh memilih topik-topik tertentu yang telah diajar disekolah pada hari tersebut secara langsung dapat megetahui samada mereka faham atau tidak topik yang baru dipelajari. Ibu bapa dapat membantu perkembangan akademik anak-anak. Maka dapat membantu mereka mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka supaya dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan keadaan.

Melalui eTopik, penandaan dibuat serta merta untuk membolehkan pelajar belajar daripada kesilapan. Pelajar dibenarkan melakukan percubaan sebanyak empat kali pada setiap soalan. Setiap percubaan yang salah akan ditolak 1/3 markah dan akan diberitahu serta merta akan kesalahan tersebut. Ini akan 'memaksa' pelajar membaca soalan dengan teliti sebelum membuat percubaan yang ke2 , ke3 , atau ke4 lalu menanamkan sikap untuk membaca dan memahami soalan dengan teliti sebelum menjawab.


eProgress

eProgress adalah carta perantauan yang membolehkan ibu bapa mengikuti perkembangan anak-anak melalui eTopic. Ciri ini adalah satu kaedah perantauan yang efektif. Ia direkabentuk untuk memastikan bahawa ibu bapa sentiasa diberitahu tentang kesemua latihan-latihan eTopic anak-anak mereka.

Ibu bapa juga akan dikemaskinikan tentang bilangan percubaan yang telah dilakukan oleh anak untuk setiap topik. Justeru itu menunjukkan topik-topik yang didapati sukar. Maklumat ini membolehkan ibu bapa mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.


eTrial Exam

Untuk memastikan bahawa anak anda betul-betul bersedia untuk menghadapi peperiksaan, modul eTrial Exam™ direkabentuk sebagai satu simulasi keadaan peperiksaan yang sebenar untuk UPSR, PMR & SPM.

Modul ini akan membantu anak anda membiasakan diri dengan keadaan dimana mereka harus melengkapkan kerja mengikut masa yang diberi. eTrial Exam™ telah direkabentuk seperti peperiksaan yang sebenar dan para pelajar haruslah melengkapkannya sebelum diberi markah. Pemarkahannya adalah serta merta.

Pendek kata, modul ini menjadikan para pelajar lebih yakin, bersedia dan mendapat keputusan yang cemerlang.


eAssessment- Soalan-soalan Umum

eAssessment™ telah direkabentuk untuk membolehkan anak-anak membuat latihan pendek sebanyak yang mungkin dan membekalkan pembelajaran output secara terus menerus untuk menilai sejauh manakah pemahaman mereka didalam subjek yang diajar disekolah. Anak-anak anda boleh memilih mana-mana subjek pada bila-bila masa dan secara terus boleh menilai samada mereka faham atau tidak subjek yang diajar. Sebagai ibu bapa anda dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak anda supaya anda dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan keadaan sebelum mereka menduduki peperiksaan yang sebenar.





Apabila seorang pelajar membuat latihan melalui eAssessment™ , penandaan akan dibuat serta merta untuk membolehkan pelajar belajar dari kesilapan. Setiap soalan membenarkan pelajar mencuba sebanyak 4 kali untuk mendapatkan jawapan yang betul. Setiap percubaan yang salah akan ditolak 1/3 markah dan pelajar akan diberitahu secara terus yang mana ia akan memaksa pelajar untuk membaca soalan dengan teliti sebelum membuat percubaan ke-2 , ke-3 dan ke-4. Ini akan menanam sikap untuk membaca dan memahami soalan dengan teliti sebelum memberi sebarang jawapan.


Objektif utama eAssessment™:-

  1. Menyediakan pembelajaran output secara terus.
  2. Meningkatkan keupayaan menghadapi peperiksaaan dengan membenarkan pelajar membuat latih tubi tanpa had.
  3. Membantu menjawab soalan dengan betul setiap kali dalam percubaan yang pertama.
  4. Menanam sikap untuk membaca dan memahami soalan sebelum menjawab.

eReport Card™

eReport Card™ adalah SATU CIRI YANG PERLU ada bagi ibu bapa yang prihatin terhadap pembelajaran anak. Ia memaparkan kesemua sesi pembelajaran output anak anda, samada dari e-assesment mahupun e-Trial exam.

Ciri ini membolehkan anda mengetahui secara terperinci akan kekuatan dan kelemahan terhadap subjek yang dipelajari oleh anak anda. Ia merekodkan dan memaparkan purata markah untuk setiap subjek yang dibuat pada bulan tersebut. Anda juga boleh membuat perbandingan dengan keputusan latihan yang dibuat pada bulan-bulan sebelumnya.

Lagipun, eReport Card™ merekodkan sebanyak 10 latihan terakhir dari eAssessment™ & eTrial Exam™ untuk membolehkan anda memantau dan mengambil langkah-langkah tertentu untuk membetulkan keadaan sebelum mereka menduduki peperiksan yang sebenar.

Mengesan dan menjejaki pelajaran anak anda tanpa melalui pihak ketiga.
Secara langsung memberi galakan kepada anak-anak dengan adanya eReport Card™ ini. Nescaya cara penilai ini adalah sangat bernilai untuk mereka yang ingin mencapai kecermelangan A.

Objektif utama:-

  1. Membolehkan ibu bapa memantau & menilai tahap perkembangan akademik anak-anak.
  2. Membantu anak-anak bila perlu terhadap perkembangan akademik mereka.


eDictionary

Untuk membantu pelajar memahami soalan dalam Bahasa Inggeris , kami menyedikan eDictionary untuk menjelaskan makna perkataan dalam soalan. Ini akan membantu pelajar belajar Bahasa Inggeris sambil bersiap sedia untuk peperiksaan.



PENGENALAN

Apakah Score A Programme ?

Score A Programme adalah satu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.

Score A Program


Score A Program
  • Score A Program adalah satu kaedah pembelajaran yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan.
Syarat untuk cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan pembelajaran output iaitu kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari di sekolah. Ramai pelajar yang hanya menggunakan kaedah input dalam pembelajaran contohnya membaca, belajar, menghafal dan mendengar. Inilah sebabnya pelajar mendapat markah yang sederhana.

Pembelajaran Output ialah satu kaedah pembelajaran yang melatih pelajar mengeluar dan menggunakan segala ilmu yang dipelajari di sekolah melalui latihan yang disediakan dalam Score A Program.Dengan adanya kaedah pembelajaran output yang disediakan dalam Score A Program dapat membantu anak-anak/pelajar-pelajar dalam pembelajaran dengan lebih berkesan.

PENGISIAN SCORE A

Sekolah Rendah Tahun 1-6

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik ( Dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina )
  • Sains ( Dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina )
  • Bahasa Cina

Sekolah Menengah Ting 1-3

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik ( Dalam Bahasa Inggeris )
  • Sains ( Dalam Bahasa Inggeris )
  • Bahasa Cina
  • Sejarah
  • Geografi

Sekolah Menengah Ting 4-5

  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
  • Sains
  • Perdagangan
  • Prinsip Akaun
  • Ekonomi Asas
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Matematik tambahan.