Sabtu, 20 Februari 2010

.:JaNjI dAn SuMpAh iBliS:.

Ini semua adalah janji dan supah iblis terhadap kaum Hawa (Wanita). Coretan ini supaya kita sedar dimana kita, agama kita, tuntutan Syariat islam, dan sebagainya.


Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Nak tau strateginya, ini dia :


1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"


2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".




3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).




4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.




5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."


.:ApE jAwApAn MaNuSiA???:.

Menjiwai Alam Lalu gunung dan bukit bukau berkata :

Ya, dahulu kita semua pernah disuruh oleh Allah untuk memegang amanah sebagai khalifah, tetapi kita menolak. Kerana kita tidak sanggup menanggung bebanan yang berat itu. Manusia pula sanggup menerima.

Kita sudah lama bersabar dengan manusia, badan kita ditarah-tarah untuk dibuat pembangunan dan mereka dirikan pula rumah di sini. Lupakah mereka kita ini adalah pasak di bumi, jangan dilakukan sesuka hati sahaja? Itu belum ditambah dengan maksiat yang dilakukan sewenang-wenangnya.

Manusia ramai yang sombong, sudah diberi peluang hidup di dataran tanah. Tetapi dipanjat juga tempat yang tinggi katanya untuk keamanan, keselesaan. Bukankah teman kita sang air memerlukan ruang untuk bergerak? Bahkan rakan kita pepohonan rimbun memerlukan kehidupan dan menahan dada kita dari rosak?

Ya, benar - kita sudah terlalu tua untuk menerima segala kerakusan manusia.. Atas kehendak ALlah jualah kita dikerahkan untuk menggelongsor buat peringatan bagi yang lupa.

Lalu pepohonan hijau juga mencelah :

Entahlah… berapa ramai yang menghargai kita. Kawan-kawan ramai yang mati ditebang orang. Manusia bila sudah kaya terus ingin menjadi kaya dan tamak sehingga mengorbankan ramai kawan kita.

Apakah manusia tidak memerhatikan?, kita diperlukan untuk membekalkan oksigen yang segar. untuk menahan terik matahari, agar haiwan mempunyai tempat tinggal yang sempurna dan makanan yang mencukupi.

Sang haiwan pula berbisikan :

Kita sudah lama berdiam di dalam hutan, tetapi diganggu juga. Apabila kita beramai-ramai keluar dimarahi pula!. Gajah dibunuh untuk gadingnya sahaja, harimau ditembak untuk kulit dan beberapa bahagian badan untuk perubatan kata mereka. Badak, dan unggas lain semuanya sudah membawa dirinya masing-masing. Ada yang ditangkap untuk dipamerkan di zoo, malangnya umur mereka tidak selanjut usianya sebagaimana di dalam hutan.

Manusia pula akan menjawab apa?

Tiada jawapan kan?Menteri pun tak leh nk jawap...itu lah manusia rakus....

Lapisan ozon semakin nipis,tahap kepanasan yang membahang amat pedih, berlakunya tanah runtuh di mana-mana, gempa Bumi dan sebagainya. Jangan diungkit kerugian yang dialami sekiranya berlaku perkara seperti yang dinyatakan diatas. Ini kerana salah MANUSIA sendiri dan yang menerima akibatnya MANUSIA sendiri juga HAIWAN yang tidak berdosa.

Khamis, 11 Februari 2010

.:SiApA yAnG kAyA:.

Seorang hartawan membawa anaknya menginap di sebuah rumah milik seorang kenalannya yang miskin. Dia berharap anaknya akan sedar akan kekayaan yang mereka miliki. Setelah tiga hari di rumah si miskin, mereka pun pulang. Dalam perjalanan si ayah bertanya "Apa pendapat kamu tentang kembara kita?".

"Seronok" jawap anaknya. "Sekarang mesti kamu dapat bandingkan hidup sebagai orang kaya dengan orang miskin bukan?" kata ayahnya. "Ya" jawab anaknya ceria. "Nah sekarang, apa yang kamu belajar dari semua ini?" tanya si ayah. Si anak menjawab "Kita mempunyai seekor kucing peliharaan, tetapi mereka ada banyak kucing yang mereka beri makan. kita ada kolam renang, tetapi mereka ada sungai yang jernih dan mengalir airnya untuk mereka mandi. Kita ada lampu import yang mahal harganya, tetapi mereka ada bintang-bintang bergemerlapan di langit yang mereka pandang waktu santai di halaman rumah pada malam hati."..
Si ayah ingin menyampuk, namun si anak meneruskan, "Kita ada jalan berturap tetapi mereka ada padang hijau yang saujana mata memandang. Kita seronok menyuruh orang gaji membuat itu dan ini untuk kita, mereka pula ceria ketika berkhidmat dan memberi pertolongan kepada orang lain. kita ada banyak makanan, tetapi mereka menghasilkan makanan. Kita ada jaga yang menjaga harta kekayaan kita...tetapi mereka mempunyai ramai sahabat setia yang sentiasa melindungi mereka."
Si ayah tambah terdiam apabila anaknya menambah, "Terima kasih ayah kerana menyedarkan betapa kayanya mereka dan betapa miskinnya kita!"


Pengajaran :
Kekayaan sebenar letaknya di hati yang bersyukur dan redha. Bukan kerana apa yang kita miliki tetapi kerana apa yang kita beri. Untuk mencapai kesenangan, kita perlu memiliki. Tetapi untuk mencapai ketenangan kita perlu memberi. Memberi lebih gembira daripada menerima.

.:BeRbEzA kEbiJaKsaNaAn:.

Pada suatu seorang Profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh pengayuh sampan. Ditengah-tengah sungai, profesor bertanya "kau pandai menulis dan membaca?"
"Tidak saya buta huruf," jawap pengayuh sampan. "Kalau begitu,kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup."
Tidak lama selepas itu Profesor bertanya lagi. "Kamu ada membuat simpanan wang di Bank?" "Tidak pendapatan saya cukup-cukup makan." kata pengayuh sampan. "Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada suatu hari nanti.
Sampan terus bergerak, Tiba-tiba sampan itu bocor. Air memasuki sampan dengan banyak dan sampannya hampir tenggelam. Si pengayuh sampan bertanya "Tuan, apakah Tuan pandai berenang?" "Err...err...saya tidak tahu berenang," jawab profesor panik. "Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!".



Pengajaran :
Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksanaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri. Allah ciptakan setia manusia untuk berjaya.

.:AkiBaT tErLaLu DeKat:.

Pada suatu hari, seorang penjual telur sedang sibuk dikedainya. seorang pelangganya yang sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur tersebut. Dalam diam dia mengambil sebiji telur dan digenggam di tangannya.
Lalu pelanggan itu berkata "Jika awak bijak, cuba teka apa yang ada di dalam tangan saya ni?" pelanggang itu menunjukkan genggamannya. Penjual itu berkata "Cuba berikan aku bayangan." "Benda ini bentuknya seperti telur," ujar pelanggan. "Lagi?" "warnanya seperti telur." "Lagi?" rayu si penjual telur lagi.
Pelanggan tersebut menggelengkan kepala lalu berkata : "Belum cukup lagi? baiklah, jika diamasak rasanya seperti telur. Ia cair dalam keadaan biasa tetapi bila dipanaskan ia menjadi pepejal."
Penjual telur masih terpinga-pinga. "Tolong berikan lagi pembayang yang lebih hampir." "Di dalamnya ada cecair yang berwarna putih mengelilingi warna kuning." kata pembeli itu lagi.
Setelah berfikir panjang, penjual telur itu menjerit: "Aku tahu jawapannya!! ia adalah sejenih kuih!"
Pelanggan menggeleng-geleng kepala. Lantas membuka genggamannya. Ya, hanya sebiji telur..

Pengajaran :
Manusia sering menjadi "buta" dengan apa yang terlalu hampir dengan dirinya. Orang yang paling hampir selalu dipinggirkan, tetapi apabila orang itu sudah tiada, baru terasa kehilangannya. Ya, kerap kali sesuatu itu tidak dapat dilihat bukan kerana terlalu jauh tetapi kerana terlalu dekat.