Rabu, 3 November 2010

Pantun menutup bg MUSLIMAH

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju lagi senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak garis
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, awat pula nak menangis?

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu mendung
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Mulut kata nak buat hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang gitu-gitu
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu.. hehe

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Buat kerja mestilah semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah Allah!!

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa kelas
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau kepada yang berkenaan
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Ambil iktibar sama2 kita perbetulkan..

Manis bertundung cantik pekerti
Wanita solehah idaman lelaki
Tuntutan Allah sama2lah ditaati
Modal untuk ke syurga hakiki

Kenapa Kita Gagal

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. Semoga berjaya dunia akhirat. Teruskn meniti duri2 perjuangan.

Kalau kita bersemangat semua yang dibuat menjadi,tetapi sekiranye kita tidak bersemangat semua yang dibuat tidak menjadi,

Org brjaya sntiasa melihat kegagalan sebgi pluang memblhkannya membina kejayaan. Dia terpaksa bersusah pyah utk menukar kegagalan sebgi kejayaan. Apa dicapai itu lebih manis dan bermkna, yg mmberi pengjaran hidup ckup berharga. Ciptalah peluang anda untuk meraih kejayaan...Kalau bukan anda siapa lagi akan berjaya. Kejayaan di hjung jari anda. Cayok!...Senyum Sokmo (^_^)..

Sabtu, 17 Julai 2010

Petua untuk Muslimin dan Muslimat...

info yang boleh dikongsi bersama kawan2...

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

5· Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS, selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6· Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.


~mari kita mengamalkan petua-petua yang bagus untuk diri kita...Sama2 kita jadikan diri kita sesuci embunan salji...

Isnin, 19 April 2010

.:12 Cara Membina Mahligai D'dalam Syurga:.

1.Sesiapa membina masjid dengan Ikhlas serta mengharapkan Keredhaan Allah SWT, Allah akan membalasinya sebagaimana pengorbanannya terhadap Allah SWT.

2.Sesiapa memberi sumbangan untuk pembinaan Rumah Allah SWT, Allah SWT akan membina sebuah rumah untuknya didalam Syurga.

3.Sesiapa menunaikan solat sunat 10 rakaat setiap hari selain daripada solat fardhu, Allah SWT akan membina sebuah rumah didalam Syurga.


Hadis ini memberi peluang kepada mereka yang tidak mampu menderma dengan harta kekayaan, maka ianya masih berpeluang membina Rumah di dalam Syurga dengan cara tersebut dalam hadis.

4.Sesiapa memberi ruang untuk orang lain menunaikan solat dalam keadaan kesempitan, Allah membina sebuah Rumah untuknya di dalam syurga.

5.Mereka yang memuji Allah SWT akan mendapat sebuah rumah di dalam Syurga

6.Sesiapa mengalah dalam sesuatu perkara sedangkan ia di pihak yang benar maka Allah membina untuknya sebuah rumah di dalam Syurga.

7.Sesiapa bergurau dengan cara benar maka Allah SWT akan membina untuknya sebuah Rumah ditempat yang paling tinggi di dalam Syurga.


8.Sesiapa memasuki pasar lalu membaca doa di atas, Allah SWT akan menulis untuknya sejuta pahala, menghapus sejuta dosa serta membina sebuah rumah untuknya di dalam Syurga.

9.Pembaca Al-Quran akan berada di dalam Syurga di akhir ayat yang dibacanya, setiap satu ayat pembaca Al-Quran akan dapat mendaki satu tingkat di dalam Syurga.

10.Sesiapa berada di dalam majlis yang berselawat kepada Rasulullah SAW akan mendapat sepuluh ganjaran, Rasulullah akan mengunjungi setiap orang di dalam Syurga dan akan membalas setiap hamba yang berselawat ke atasnya yang berada dalam majlis -majlis agama.

11.Sesiapa membaca tahlil di atas setiap pagi maka nilainya lebih baik daripada menderma dengan emas dan wang ringgit, dan akan mendapat pahala seperti membebaskan 10 orang hamba, ditulis untuknya 100 pahala, dihapuskan 100 dosa dan akan dibina untuknya tembok yang menghalang baginya daripada gangguan syaitan.

12.Sesiapa menziarahi kawannya yang sakit Allah SWT akan membina untuknya rumah di dalam Syurga yang dilengkapi dengan bilik yang amat indah, sepanjang perjalanan pulang dari rumah yang diziarahi Malaikat sentiasa memujinya.

.:Maafkan Cikgu:.

Kisah seorang anak murid yang miskin dan serba kekurangan namun masih gigih berusaha untuk belajar seperti kanak-kanak yang lain. Cerita ini adalah sebagai teladan kepada semua adik-adik, rakan-rakan dan semua guru. Semoga kita mengambil iktibar dari kisah ni, tak rugi pun baca cerita ni, lagipun pendek aje...so teruskan la bacaan anda untuk mengetahui kisahnya yang menyayat hati semua pembaca...


Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.


Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.


Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.


Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.


“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah.


“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.”


Jawabnya “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”


” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”


Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”


Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.